Servis Ejen Hartanah Puncak Alam
Bagi Jual @ Sewa Hartanah

Adakah anda mencari Ejen Hartanah Puncak Alam bagi urusan Jual @ Sewa Rumah?

Tahniah kerana anda telah ditemukan dengan iRealty sebuah Agensi Hartanah Berdaftar dan berpengalaman.

Kenapa Perlu Lantik Ejen Hartanah Berdaftar ?

Apa perbezaan ejen hartanah berdaftar dengan broker hartanah tidak berdaftar ?

Agensi  Hartanah Berdaftar

iRealty adalah Agensi Hartanah berdaftar yang dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir,  Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Semua konsultasi ejen hartanah perlu mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH.

Profesional

Ejen hartanah perlu profesional dalam melindungi kepentingan klien. Adalah menjadi tanggungjawap kami di iRealty memastikan objektif anda bagi menjual atau sewa rumah tercapai sebaiknya.

Berpengalaman

Pengalaman sebagai ejen hartanah adalah aset kami untuk anda. Ejen hartanah kami mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun dan insyallah bersedia membantu anda dalam urusan jual-beli atau sewaan.


Servis Ejen Hartanah di iRealty

Menjadi keutamaan kami bagi memastikan objektif anda bagi jual-beli atau sewaan tercapai. Insyallah kami akan membantu anda sebaik mungkin. Berikut adalah sebahagian servis yang kami tawarkan.

Semak Harga Pasaran Semasa

Kami akan dapatkan harga pasaran semasa daripada bank atau penilai hartanah (valuer). Ini akan dapat menentukan jumlah pembiayaan akan diluluskan.

Konsultasi @ Khidmat Nasihat

Konsultasi atau khidmat nasihat bagi urusan jual-beli atau sewa. Konsultasi dari persediaan awal hingga penjualan atau sewa selesai. 

Analisa Pasaran Semasa

Analisa pasaran semasa penting bagi menentukan rumah anda boleh dijual pada harga yang terbaik mengikut tempoh masa yang anda perlukan.

Iklan Bersepadu

Integrated marketing samada offline dan online. Kami cuba pastikan setiap iklan dilihat seramai mungkin. Medium online seperti iProperty, Propertyguru, Facebook Ads, Google Adwords dan sebagainya.

Banker & Lawyer

Network yang baik dengan peguam hartanah dan pegawai bank adalah aset berharga. Ini akan membantu melicinkan urusan pemohonan pembiayaan, tukar nama dan sebagainya.

Kerja Berpasukan

Kerja berpasukan adalah lebih baik daripada buat sendirian. Ini akan memastikan segala tugas yang anda diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Kini kami mempunyai lebih 160 perunding hartanah dan akan ada pertambahan lagi.

Berminat Mendapatkan Servis Ejen Hartanah ? 

Sekiranya anda berminat mendapatkan Servis Ejen Hartanah bagi Jual @ Sewa, sila isi borang maklumat hartanah di bawah.

Perunding kami akan hubungi anda apabila borang lengkap dihantar. 

Kongsikan info ini bersama sahabat-sahabat anda dengan klik button di bawah.