Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Ejen Hartanah Bachok, Ketereh dan Machang Kelantan

    January 5, 2023

    Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

    February 22, 2022

    Cara Jadi Ejen Hartanah

    February 9, 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Facebook Twitter Instagram
    IQI iRealty Group
    Subscribe
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    IQI iRealty Group
    Home » Perbezaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah
    Info Hartanah

    Perbezaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah

    Zulhisham Abu NawarBy Zulhisham Abu NawarFebruary 8, 2022Updated:February 17, 2022No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Mesti ramai yang keliru apa beza ejen hartanah dengan perunding hartanah. Dan apa beza pula dengan perunding hartanah berdaftar?? Dan siapa pula broker hartanah

    Siapa yang rasa keliru boleh angkat tangan..

    Ejen Hartanah Berdaftar

    Sebelum saya terangkan perbezaan ejen hartanah dan perunding hartanah, saya nak terangkan berkenaan kata BERDAFTAR.

    Di Malaysia, kerjaya ejen hartanah dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentafsir, Ejen Hartanah dan Pengurus Hartanah (LPPEHPH). Kerjaya berkaitan ejen hartanah dan perunding hartanah ni ada ditulis di dalam Akta 242.

    Oleh itu maksud berdaftar ialah setiap ejen hartanah dan perunding hartanah mesti mendaftar dengan LPPEHPM terlebih dahulu sebelum menawarkan servis kepada orang ramai.

    Perbezaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah

    Bagi orang ramai mungkin tak de beza antara ejen dan perunding hartanah ni.

    Apa yang paling penting ialah pastikan kita melantik ejen atau perunding yang berdaftar bagi menguruskan transaksi jual beli dan sewa hartanah.

    Boleh rujuk penerangan di bawah bagi perbezaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah

    Ejen Hartanah

    • dikenali sebagai Ejen Hartanah Berdaftar atau Registered Estate Agent (REA)
    • Nombor pendaftaran bermula dengan huruf E iaitu Estate Agent
    • Kad berwarna biru gelap.
    • Mempunyai kelulusan yang diiktiraf oleh LPPEHPH seperti sijil, diploma dan ijazah berkaitan
    • Menjadi Ejen Hartanah Percubaan (Probationary Estate Estate) sebelum menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.
    • Lulus ujian TPC
    • Setiap Ejen Hartanah Berdaftar boleh melantik 50 orang perunding hartanah.

    Bagi pengalaman saya sendiri, saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Maklumat. Oleh kerana ijazah ini tidak diiktiraf oleh LPPEHPH, saya ambil Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) di Institut Penilaian Negara (INSPEN). Selepas tamat belajar di INSPEN, baru menjadi Ejen Hartanah Percubaan.

    Perunding Hartanah

    • Dikenali sebagai Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator atau Property Negotiator.
    • No pendaftaran bermula dengan REN 00000
    • Kad berwarna merah.
    • Untuk jadi perunding hartanah perlu hadir kursus perunding hartanah selama 2 hari iaitu Negotiator Certification Course (NCC) yang berharga RM600.
    • Selepas dapat sijil NCC, boleh mendaftar sebagai perunding hartanah di mana-mana agensi hartanah berdaftar.
    • Setiap pendaftaran perunding hartanah akan diletakkan di bawah Ejen Hartanah Berdaftar.
    • Perunding hartanah akan membantu Ejen Hartanah dalam transaksi Jual Beli dan Sewa Hartanah.

    Kesimpulan

    Pada pandangan orang ramai sebenarnya tiada perbezaan ejen dan perunding hartanah ni. Cuma dari sudut undang-undang ada perbezaan yang ketara.

    Apa yang penting kita perlu melantik ejen atau perunding hartanah yang berdaftar. Apabila ejen berdaftar ini ada buat kesalahan atau penipuan, anda boleh laporkan kepada LPPEHPH. Pihak LPPEHPH akan membuat siasatan bagi laporan yang dibuat. Seterusnya hak anda sebagai pemilik hartanah atau pembeli dapat dilindungi.

    NOTA

    Peluang kerjaya sebagai Perunding Hartanah Berdaftar bersama Kumpulan IQI iRealty. Info lanjut layari Peluang Kerjaya Perunding Hartanah.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zulhisham Abu Nawar
    • Website
    • Facebook

    Ejen Hartanah Berdaftar E2767 | Co-founder IQI iRealty Group | Certified HRDF TTT | Certified Financial Planner

    Related Posts

    Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

    February 22, 2022

    Beli atau sewa rumah? Kelebihan membeli dan menyewa.

    November 17, 2021

    Panduan Untuk Menambah Nilai Hartanah Anda (2021)

    November 17, 2021
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Editors Picks
    Top Reviews
    Kawasan Jajahan

    Selangor – Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Ampang, Keramat, Bdr Saujana Putra, Putra Height, Bdr Sg Long, Mahkota Cheras, Desa Pinggiran Putra, Sg Buloh, Selayang, Gombak, Kajang, Semenyih, Puchong, Seri Kembangan, Puncak Alam, Salak Tinggi, Dengkil Negeri Sembilan – Seremban, Senawang, Sendayan, Nilai, Pajam, Putra Nilai Melaka – Ayer Keroh, Alor Gajah, Jasin Johor – Johor Bharu, Skudai, Pasir Gudang, Masai Pahang – Kuantan Kelantan – Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pasir Pekan, Tumpat, Bachok, Ketereh, Machang

    Hubungi

    IQI REALTY SDN BHD (PUTRAJAYA) E(1)1584
    M-2-02 & M-2-03 Connection Commercial,
    Persiaran IRC3 IOI Resort City Putrajaya,
    62502 Sepang,
    Selangor

    Email : [email protected]

    Facebook Twitter Instagram Pinterest Vimeo YouTube
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    © 2023 iRealty.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.