Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Ejen Hartanah Bachok, Ketereh dan Machang Kelantan

    January 5, 2023

    Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

    February 22, 2022

    Cara Jadi Ejen Hartanah

    February 9, 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Facebook Twitter Instagram
    IQI iRealty Group
    Subscribe
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    IQI iRealty Group
    Home » Panduan Untuk Menambah Nilai Hartanah Anda (2021)
    Info Hartanah

    Panduan Untuk Menambah Nilai Hartanah Anda (2021)

    Zulhisham Abu NawarBy Zulhisham Abu NawarNovember 17, 2021Updated:November 17, 2021No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Adakah anda pernah terfikir bagaimana untuk menambah nilai bagi hartanah anda? Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor penting yang harus anda ambil kira bagi menambah nilai hartanah anda. 

    Antara faktor-faktornya ialah Lokasi, Aksesibiliti, Penyelenggaraan/Pengubahsuaian dan Kualiti Pembinaan. Jadi, ini merupakan faktor yang tetap. Mustahil bagi anda untuk mengubah lokasi hartanah mahupun rumah anda ke tempat yang mampu menambah nilai kepada hartanah anda.  

    Namun terdapat beberapa faktor lain yang boleh dipertimbangkan yang mampu meningkatkan nilai hartanah anda. Tidak kiralah sekiranya anda ingin menjual ataupun meningkatkan nilai hartanah anda, jom kita sama-sama kenal pasti apa yang harus dilakukan untuk menambah nilai hartanah anda!

    1. Gambaran Pertama

    Perkara biasa bagi seorang manusia untuk menilai sesuatu apabila kita nampak buat pertama kalinya. Apabila kita kaitkan hartanah dalam hal ini, sudah tentu tiada sesiapa yang akan tertarik dengan rumah yang kelihatan usang. 

    Terdapat beberapa cara yang mudah untuk memastikan rumah kelihatan menarik:

    • Kemaskan pagar dan juga laluan- laluan dia kawan rumah
    • Bersihkan bahagian pintu hadapan
    • Mengecat semula dinding dan juga pintu rumah
    • Memastikan jubin berada dalam keadaan kemas

    Mungkin ia nampak remeh bagi sesetengah orang, namun ini merupakan perkara yang dapat menambah nilai hartanah anda. Tambahan pula, semua perkara diatas dapat dilakukan sendiri dan hanya memerlukan bajet yang rendah. 

    2. Penyelenggaraan

    Tidak salah sekiranya anda berbelanja lebih sedikit untuk menjaga hartanah anda. Banyak hartanah diluar sana yang nampak cantik dan elok diluar namun memerlukan banyak penyelenggaraan bagi bahagian dalaman. Baiki beberapa masalah kecil yang ada sebelum ia menjadi masalah yang besar yang akan memberi kesan kepada nilai hartanah anda dan juga poket anda.

     Struktur kecacatan adalah seperti:

    • Bumbung bocor
    • Dinding retak
    • Sarang anai-anai
    • Jubin hilang ataupun rosak

    Struktur diatas boleh memberi kesan kepada nilai rumah ataupun hartanah anda. Jika anda betul-betul berminat untuk menambah nilai hartanah anda, ia amatlah penting untuk memastikan hartanah anda sentiasa diawasi. Tiada seorang pun yang mahu pindah masuk ke rumah yang mempunyai paip bocor dan kerosakkan sana sini. 

    3. Membuat sedikit ruang!

    Dalam sesetengah senario, semakin luas ruang tersebut semakin tinggi nilai hartanah tersebut. Jika anda tinggal di pangsapuri yang kecil, ada beberapa taktik untuk mebuatkan ruang kelihatan lebih luas dan besar. Keluarkan barang dan perabot yang besar, dan gantikan dengan perabot atauppun kabinet yang lebih kecil.

    Terdapat pelbagai lagi cara untuk membuatkan rumah anda yang kecil kelihatan lebih besar. Jangan risau, ia tidak memerlukan kos yang banyak kerana anda boleh membuatnya sendiri. Sebagai contoh, cat dinding dengan warna yang lebih cerah berbanding warna gelap. Tambahan cermin jugak akan membuatkan ruangan tersebut tampil lebih luas. Selain itu, anda boleh menukarkan langsir anda kepada langsir yang lebih simple.

    4. Susun semula

    Untuk memastikan nilai hartanah kita meningkat, kita haruslah memastikan ianya sentiasa bersih dan kemas. Buang semua barang-barang yang tidak diperlukan sebagai contoh majalah yang sudah terkumpul selama 20 tahun lamanya di sesuatu sudut. Ia akan membuatkan sudut tersebut nampak berserabut dan tidak tersusun. 

    Anda harus memastikan semua sudut di rumah anda tidak kira ruang tidur, ruang tamu mahupun tandas dan dapur tidak mempunyai barang-barang yang menampakkan ia berserabut dan tidak kemas. 

    5. Memasang penghawa dingin

    Sistem penghawa dingin merupakan satuaset penting yang menambahkan nilai kepada hartanah anda. 

    Semua orang mahukan rumah yang selasa dan nyaman terutama sekali ketika cuaca yang panas terik. Satu penilaian yang dilakukan oleh majalah Money, dengan menambah sistem penghawa dingin, ianya akan menambah 10% nilai kepada hartanah anda (10% kepada seluruh hartanah bukan 1 penghawa dingin mewakili 10% nilai). 

    6. Menambah tumbuhan hijau

    Ia merupakan lumrah manusia untuk tertarik kepada benda berwarna hijau. Oleh itu, jalan yang mudah untuk menambah nilai kepada rumah anda adalah dengan menambah tumbuhan ataupun pokok-pokok hijau. Ianya bagi meningkatkan lagi seri rumah anda. Walaupun pangsapuri tidak mempunyai ruang yang khas bagi tumbuhan hijau ini, namun terdapat juga cara untuk menghias rumah anda dengan tumbuhan ini. 

    Tumbuhan hijau di dalam pasu yang kecil ialah pilihan yang baik bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan khas untuk menanam tumbuhan tersebut. Bagi mereka yang berminat untuk menanam tanaman sendiri, bolehlah dapatkan pokok lidah buaya ataupun pokok palma untuk ditanam dirumah. 

    7.  Naik Taraf Dapur

    Dapur merupakan satu ruang yang penting bagi sesebuah keluarga selain daripada ruang tamu. 

    Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mengubahsuai dapur anda. Pengubahsuaian yang penting seperti:

    • Membaiki jubin
    • Menukar lampu dapur
    • Membersihkan kabinet dapur

    Jika anda berkemampuan untuk menukar dapur yang baru, anda bolehlah berbuat demikian. Anda dinasihatkan untuk mempunyai dapur yang menarik kerana ia memberi impak yang besar buat nilai hartanah anda. 

    Ingin mendapatkan nasihat mengenai pengubahsuaian dan reka bentuk yang sesuai untuk menambah nilai hartanah anda? Sila layari IQI Concept untuk maklumat lebih lanjut. Naik taraf hartanah anda dengan pemenang anugerah pereka dalaman di Malaysia. 

    8. Naik Taraf Bilik Air

    Inilah ruang penting yang selalunya merupakan tempat mencari secebis idea mahupun meluangkan masa dengan bermain telefon terutaman sekali jika ianya bersih. 

    Jika anda mempunyai sedikit simpanan, elok sekiranya anda pertimbangkan untuk menaik taraf bilik air tersebut. Anda tidaklah wajib memasang tub mandi ataupun menukar kabinet baru. Namun membaiki beberapa benda seperti:

    • Menukar paip yang berkarat
    • Menukar ruangan mandi
    • Membersihkan sinki untuk kelihatan seperti baharu

    Naik taraf ini dilakukan adalah bagi memastikan bilik air kelihatan bersih dan selesa untuk digunakan. Yang menariknya, perubahan ini boleh dilakukan sendiri oleh anda dan hanya perlu mendapatkan peralatan tertentu di kedai perkakasan yang berdekatan dengan anda. 

    Terdapat banyak berkara yang harus dilakukan untuk menambah nilai kepada hartanah anda. Penilaian juga merupakan proses yang penting bagi si pembeli rumah. Semua naik taraf yang dilakukan bagi menambah nilai kepada hartanah anda tidak semestinya naik taraf penting ataupun utama. Namun ada sesetengah yang memerlukan naik taraf utama.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zulhisham Abu Nawar
    • Website
    • Facebook

    Ejen Hartanah Berdaftar E2767 | Co-founder IQI iRealty Group | Certified HRDF TTT | Certified Financial Planner

    Related Posts

    Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

    February 22, 2022

    Perbezaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah

    February 8, 2022

    Beli atau sewa rumah? Kelebihan membeli dan menyewa.

    November 17, 2021
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Editors Picks
    Top Reviews
    Kawasan Jajahan

    Selangor – Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Ampang, Keramat, Bdr Saujana Putra, Putra Height, Bdr Sg Long, Mahkota Cheras, Desa Pinggiran Putra, Sg Buloh, Selayang, Gombak, Kajang, Semenyih, Puchong, Seri Kembangan, Puncak Alam, Salak Tinggi, Dengkil Negeri Sembilan – Seremban, Senawang, Sendayan, Nilai, Pajam, Putra Nilai Melaka – Ayer Keroh, Alor Gajah, Jasin Johor – Johor Bharu, Skudai, Pasir Gudang, Masai Pahang – Kuantan Kelantan – Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pasir Pekan, Tumpat, Bachok, Ketereh, Machang

    Hubungi

    IQI REALTY SDN BHD (PUTRAJAYA) E(1)1584
    M-2-02 & M-2-03 Connection Commercial,
    Persiaran IRC3 IOI Resort City Putrajaya,
    62502 Sepang,
    Selangor

    Email : [email protected]

    Facebook Twitter Instagram Pinterest Vimeo YouTube
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    © 2023 iRealty.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.