Panduan yang kami kongsikan ini berdasarkan pengalaman kami sebagai Ejen Hartanah Berdaftar.
Kami mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun. Setiap hari kami berjumpa klien dalam transaksi Jual Beli rumah.
Beli rumah adalah satu pelaburan yang besar. Sebarang kesilapan tentunya memberi kerugian besar kepada pembeli.
Beli rumah tak sama seperti beli kereta atau perabot rumah. Ada undang-undang, ada terma-syarat yang perlu dipenuhi. Banyak pihak yang terlibat dan tentunya transaksi jual beli makan masa yang panjang.
Nasi sudah menjadi bubur. Yang terbaik mulakan sesuatu dengan dapatkan maklumat berkaitan, rujuk pakar dan buat kajian sebelum membuat sebarang keputusan.
IQI iRealty Group 2021. All rights reserved