iRealty – iReal Property Sdn Bhd https://irealty.my Tue, 21 May 2019 10:55:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.0.4 https://irealty.my/wp-content/uploads/2019/03/cropped-1-1-32x32.jpg iRealty – iReal Property Sdn Bhd https://irealty.my 32 32 Pengurusan Kewangan Ejen Hartanah Oleh Zaidi Ismail https://irealty.my/2019/03/11/pengurusan-kewangan-ejen-hartanah-oleh-zaidi-ismail/ https://irealty.my/2019/03/11/pengurusan-kewangan-ejen-hartanah-oleh-zaidi-ismail/#respond Mon, 11 Mar 2019 13:55:42 +0000 https://irealty.my/?p=19536 Borang PendaftaranBagi anda yang berminat untuk hadir seminar di atas, sila isi borang di bawah.  Daftar Sekarang !

The post Pengurusan Kewangan Ejen Hartanah Oleh Zaidi Ismail appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>

Borang Pendaftaran

Bagi anda yang berminat untuk hadir seminar di atas, sila isi borang di bawah. 

The post Pengurusan Kewangan Ejen Hartanah Oleh Zaidi Ismail appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2019/03/11/pengurusan-kewangan-ejen-hartanah-oleh-zaidi-ismail/feed/ 0
Cara Jadi Ejen Hartanah Berdaftar https://irealty.my/2019/01/16/cara-jadi-ejen-hartanah-berdaftar/ https://irealty.my/2019/01/16/cara-jadi-ejen-hartanah-berdaftar/#comments Wed, 16 Jan 2019 08:23:42 +0000 https://irealty.my/?p=17634 Kerjaya sebagai ejen hartanah semakin mendapat perhatian kebelakangan ini. Jika dibanding 5 tahun lepas, pertambahan ejen hartanah dan perunding hartanah amat drastik sekali. Agensi hartanah yang baru juga tumbuh bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan. Terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai transaksi jual beli hartanah yang tinggi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Salah satunya...

The post Cara Jadi Ejen Hartanah Berdaftar appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
Kerjaya sebagai ejen hartanah semakin mendapat perhatian kebelakangan ini. Jika dibanding 5 tahun lepas, pertambahan ejen hartanah dan perunding hartanah amat drastik sekali.

Agensi hartanah yang baru juga tumbuh bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan. Terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai transaksi jual beli hartanah yang tinggi.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Salah satunya LPPEH mewajibkan setiap perunding hartanah perlu didaftar di LPPEH.

Pada waktu tu hanya 20 orang perunding hartanah dibenarkan di bawah pengawasan 1 orang ejen hartanah.

Apa Beza Ejen Hartanah Dengan Perunding Hartanah ?

Secara ringkas Ejen Hartanah adalah pemilik lesen sesebuah agensi hartanah. Bahasa undang-undangnya, ejen hartanah adalah orang yang diberi kuasa or authorise to practice oleh LPPEH.

Menurut Akta 242 iaitu Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Hartanah hanya ejen hartanah berdaftar sahaja yang boleh menguruskan transaksi jual, beli dan sewa hartanah.

Dengan itu setiap ejen hartanah boleh melantik perunding hartanah bagi membantu dalam transaksi jual, beli dan sewa. Mengikut circular LPPEH yang terkini, ejen hartanah boleh melantik 50 orang perunding hartanah. Dan setiap perunding ini ada diberi REN Tag oleh LPPEH.

Miliki Azam Yang Tinggi

Boleh dikatakan semua orang teringin menjadi perunding hartanah kerana mempunyai pendapatan yang tinggi.

Tapi apa yang perlu anda tahu, boleh dikatakan setiap kali pengambilan perunding hartanah yang baru, hanya 10%-20% sahaja yang berjaya kekal. Selebihnya lari tah ke mana.

Oleh itu anda perlu mempunyai azam yang kuat bagi menceburi bidang perunding hartanah ini. Benar potensi pendapatan yang besar, tapi cabaran juga tinggi mengunung.

Mana tak mencabarnya, anda perlu menguruskan transaksi ratusan ribu malah ada juga sampai jutaan ringgit.

Tanpa azam yang tinggi, semestinya banyak alasan yang boleh dicipta untuk mengagalkan anda menjadi perunding hartanah.

Dapatkan Info Kerjaya Dari Kawan

Sebelum anda terjun dalam bidang ni, pastikan anda sudah bertanya kepada kawan-kawan yang sudah menjadi perunding hartanah. Kalau tak de kenalan rapat yang jadi perunding hartanah, boleh cari kenalan di facebook.

Dapatkan info yang sepatutnya dari mereka.

Dengan info-info tersebut, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran secara kasar kerjaya sebagai perunding hartanah.

Pilih Agensi Hartanah Berdaftar

Agensi hartanah adalah syarikat yang didaftarkan menggunakan lesen ejen hartanah berdaftar.

Permilihan agensi hartanah adalah elemen penting bagi memastikan usaha anda menjadi perunding hartanah tidak sia-sia. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :

Dekat Dengan Rumah

Secara peribadi saya akan cadangkan anda mencari agensi hartanah yang dekat dengan rumah. Sebenarnya anda tidak perlu pergi ke agensi setiap hari, tapi nanti akan ada perjumpaan mingguan atau bulanan yang perlu anda hadir.

Selain itu anda akan pergi ke pejabat agensi hartanah apabila anda sudah membuat banyak jualan. Anda perlu hantar dokumen, proses claim komisen, perjumpaan dengan team leader dan macam-macam lagi.

Latihan & Pengajaran Berterusan

Saya yakin anda tidak mempunyai pengalaman sebagai perunding hartanah. Jadi amat penting mencari agensi hartanah yang mempunyai sistem pengajaran dan latihan yang berterusan. Bak kata orang, dari zero menjadi hero.

Tiada pengalaman bukan halangan untuk anda menjadi perunding hartanah yang berjaya. Inyallah dengan pengajaran dan bimbingan anda boleh menjadi perunding hartanah yang berjaya.

Paling penting anda sudah bersedia mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Ilmu berkaitan jual beli rumah, undang-undang hartanah, produk pembiayaan bank, peguam dan macam-macam lagi.

Bagi REN Tag

Ejen hartanah perlu ada authorise to practice untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ejen hartanah. Begitu juga perunding hartanah perlukan REN Tag sebagai lesen untuk berniaga.

LPPEH menetapkan setiap perunding hartanah perlu mendaftar sebagai perunding hartanah di LPPEH dan seterusnya diberikan REN Tag.

Apabila dah dapat REN Tag, dah boleh buat sales letup-letup sampai jutaan ringgit.

Untuk pengetahuan anda juga, oleh kerana ruang untuk menjadi perunding hartanah adalah terhad, ada agensi yang tidak menyediakan REN Tag kepada perunding hartanah yang baru.

Sehubungan dengan itu, anda dinasihatkan mencari agensi hartanah yang menyediakan REN Tag. Nanti nak buat sales juta-juta tak perlu risau lagi.

Di iReal Property Sdn Bhd (iRealty), menyediakan REN Tag kepada perunding hartanah yang baru adalah perkara wajib. Setiap perunding hartanah di iRealty akan didaftarkan di LPPEH dan seterusnya mendapat REN Tag.

REN Tag Perunding Hartanah iRealty yang baru diterima pada 15 Januari 2019

iRealty mempunyai 6 lesen ejen hartanah dan ini bermakna irealty boleh melantik sebanyak 300 perunding hartanah. Sehingga hari ini, iRealty memerlukan seramai 100 perunding hartanah baru bagi mengisi kekosongan yang ada.

Sekiranya anda berminat menjadi Perunding Hartanah iRealty, layari Jom Jadi Perunding Hartanah iRealty.

Untuk makluman anda juga, REN Tag ini perlu diperbaharui setiap tahun.

Sokongan Berpasukan @ Team Leader

Kebanyakan agensi hartanah mengunakan sistem team leader. Di mana perunding hartanah baru akan dibimbing secara dekat oleh team leader atau team manager.

Ini akan memudahkan perunding hartanah yang baru bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan perunding hartanah.

Ada juga team leader yang turun padang bersama perunding hartanah bagi menunjukan cara-cara menguruskan jual-beli rumah.

Sijil Kursus Perunding Hartanah

Kursus ini juga dikenali sebagai Negotiator Certification Course (NCC). Kursus ini dijalankan selama 2 hari dan setiap perunding hartanah wajib hadir. Kos kursus ini adalah RM600.

Peserta yang hadir akan diberikan sijil kehadiran dan dengan sijil tersebut anda boleh memohon untuk menjadi perunding hartanah di mana-mana agensi berdaftar.

Pihak LPPEH telah melantik beberapa organisasi yang boleh menganjurkan kursus ini seperti Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), MIEA dan macam-macam lagi.

Boleh Jadi Perunding Hartanah Secara Part Time ?

Soalan ni ada soalan feveret yang ditanya pada setiap masa.

Kalau ikut undang-undang Akta 242, perunding hartanah mesti bekerja sepenuh masa.

Tapi ada juga agensi hartanah yang memberi peluang kepada perunding hartanah untuk berkerja part time dulu. Kalau dah sesuai baru jadi perunding hartanah sepenuh masa.

So kalau nak buat part time, just cari agensi hartanah yang boleh terima perunding hartanah part time.

Kesimpulan

Kerjaya sebagai perunding hartanah ini mempunyai peluang yang amat besar. Selain mempunyai pendapatan yang tinggi, pendapatan perunding hartanah juga tanpa ada hadnya. Sky is the limit.

Cuma perunding hartanah tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan. Pendapatan hanya bergantung pada hasil jualan. Lagi tinggi jualan, pendapatan juga tinggi. Tiada jualan, tiada gaji.

Tapi dengan strategi dan perancangan yang baik, insyallah pendapatan lebih tinggi dan konsisten.

The post Cara Jadi Ejen Hartanah Berdaftar appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2019/01/16/cara-jadi-ejen-hartanah-berdaftar/feed/ 2
Perlukah Lantik Ejen Hartanah Untuk Jual Rumah? https://irealty.my/2019/01/15/perlukah-lantik-ejen-hartanah-untuk-jual-rumah/ https://irealty.my/2019/01/15/perlukah-lantik-ejen-hartanah-untuk-jual-rumah/#respond Tue, 15 Jan 2019 05:35:55 +0000 https://irealty.my/?p=17395 Soalan seperti ini selalunya ditanya oleh klien atau kawan-kawan yang berhasrat nak jual rumah. Jual rumah bukan terlalu sukar bagi orang yang ada pengalaman dalam proses jual beli. Tapi amat sukar bagi orang yang tak de langsung pengalaman. Proses jual beli bertambah perit apabila ianya melibatkan hartanah yang tidak mempunyai geran individu atau strata, penama telah meninggal...

The post Perlukah Lantik Ejen Hartanah Untuk Jual Rumah? appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
Soalan seperti ini selalunya ditanya oleh klien atau kawan-kawan yang berhasrat nak jual rumah.

Jual rumah bukan terlalu sukar bagi orang yang ada pengalaman dalam proses jual beli.

Tapi amat sukar bagi orang yang tak de langsung pengalaman.

Proses jual beli bertambah perit apabila ianya melibatkan hartanah yang tidak mempunyai geran individu atau strata, penama telah meninggal dunia, penceraian, pemaju bankrap, rumah hampir dilelong, pembeli tidak cukup modal, kesukaran mendapatkan pembiayaan bank, berurusan dengan ejen tak berdaftar, silap memilih peguam dan macam-macam lagi.

Saya yakin keperitan yang dirasai akan menjadi pengalaman berharga kepada yang sudah terkena.

Secara umumnya, kekesalan selalunya timbul bukan pada peringkat awal penjualan rumah. Tetapi ia timbul apabila masalah bertimpa-timpa datang selepas pembeli bersetuju untuk meminang rumah tersebut.

Peringkat awal semuanya nampak mudah, dapat jimat kos ejen hartanah. Selain tu dapat maksimakan keuntungan hasil daripada penjualan rumah tersebut. Tapi cuaca panas tak setiap hari sampai ke petang sebab kadang-kadang ada hujan lebat di tengahari.

Apabila perkara ini terjadi, baru mencari ejen hartanah. Minta ejen hartanah perkenalkan peguam hartanah yang terbaik dan sebagainya. Bak pepatah melayu berbunyi Dah Terhantuk Baru Terngadah.

Tapi saya yakin sahabat-sahabat ejen hartanah akan cuba membantu sebaiknya.

Perlukah Lantik Ejen Hartanah Untuk Jual Rumah ?

Jawapan awal saya Tidak Perlu. Anda tidak perlu lantik ejen hartanah sekiranya boleh menguruskan semua proses dengan baik. Dari awal penjualan rumah hingga kunci diserahkan kepada pembeli.

Servis Ejen Hartanah Tidak Diperlukan

Menjual rumah sendiri memang dibenarkan di dalam Akta 242 iaitu Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta.

Jual rumah sendiri amat sesuai bagi anda yang pandai membuat market analisa, memahami proses jual beli, mempunyai kenalan seperti banker dan peguam hartanah.

Anda Perlu Lantik Ejen Hartanah?

Jawapan kedua saya Anda Perlu Lantik Ejen Hartanah. Rata-rata orang ramai yang melantik ejen hartanah kerana tidak mahu atau tidak tahu menguruskan proses jual-beli rumah. Senang kata menyerahkan semua proses jual beli kepada yang PAKAR iaitu Ejen Hartanah Berdaftar. Perbezaan Ejen Hartanah & Perunding Hartanah.

Anda Wajib Lantik Ejen Hartanah Sekiranya Tidak Tahu dan Tidak Mahu Menguruskan Penjualan Rumah.

Sebagai bukti agensi hartanah dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2018-2014 tumbuh bagaikan cendawan terutamanya di bandar-bandar besar. Seterusnya memberi ruang kepada peningkatan Perunding Hartanah di pasaran.

Ini bermakna tugas ejen hartanah hartanah dalam menguruskan transaksi Jual, Beli dan Sewa memang dan amat-amat diperlukan.

Antara skop tugas ejen hartanah seperti :

  • Menjadi perunding atau penasihat kepada penjual dan pembeli dalam urusan jual-beli hartanah.
  • Menganalisa pasaran hartanah yang terkini bagi demand & supply dan mencadangkan harga jualan yang terbaik.
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi awal bagi urusan pembiayaan dan guaman.
  • Mencadangkan super banker yang pakar dalam urusan pembiayaan.
  • Mencadangkan peguam hartanah yang mampu memberi servis terbaik.

Dan banyak lagi skop tugas ejen hartanah yang dapat membantu anda menguruskan urusan jual-beli rumah dengan selamat. Paling penting anda dapat tidur lena tanpa memikirkan masalah yang timbul sepanjang penjualan rumah tersebut.

Akhir sekali, sekiranya anda memerlukan dan mencari ejen hartanah, pastikan anda mencari ejen hartanah yang pakar di kawasan anda. Dan paling penting pastikan anda melantik ejen hartanah berdaftar dengan LPPEH.

Sumber : Bloghartanah.com

The post Perlukah Lantik Ejen Hartanah Untuk Jual Rumah? appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2019/01/15/perlukah-lantik-ejen-hartanah-untuk-jual-rumah/feed/ 0
Apa Beza Ejen Hartanah & Perunding Hartanah ? https://irealty.my/2019/01/14/apa-beza-ejen-hartanah-perunding-hartanah/ https://irealty.my/2019/01/14/apa-beza-ejen-hartanah-perunding-hartanah/#respond Mon, 14 Jan 2019 05:43:09 +0000 https://irealty.my/?p=17129 Persamaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah ialah konsultan atau orang yang menguruskan transaksi Jual, Beli atau Sewa hartanah. So anda boleh lantik samada perunding hartanah atau ejen hartanah bagi menjual atau sewaan rumah. Jadi Apa Perbezaan Ejen Hartanah Dengan Perunding Hartanah ? Bagi orang awam, ejen hartanah adalah sama dengan perunding hartanah. Tiada yang berbeda....

The post Apa Beza Ejen Hartanah & Perunding Hartanah ? appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
Persamaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah ialah konsultan atau orang yang menguruskan transaksi Jual, Beli atau Sewa hartanah.

So anda boleh lantik samada perunding hartanah atau ejen hartanah bagi menjual atau sewaan rumah.

Jadi Apa Perbezaan Ejen Hartanah Dengan Perunding Hartanah ?

Bagi orang awam, ejen hartanah adalah sama dengan perunding hartanah. Tiada yang berbeda.

Perbezaan hanya nampak apabila melibatkan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH)

Boleh rujuk jadual di bawah bagi memudahkan saya membezakan Ejen Hartanah dan Perunding.

Ejen HartanahPerunding Hartanah
Dikenali sebagai Real Estate Agent (REA)Dikenali sebagi Real Estate Negotiator atau Property Negotiator
No pendaftaran bermula dengan REA XXXXNo pendaftaran bermula dengan REN XXXX
Melalui proses yang ketat seperti mempunyai kelulusan peringkat sijil, diploma atau ijazah yang diiktiraf oleh LPPEH. 

Seterusnya menjadi Ejen Hartanah Percubaan (PEA) selama 2 tahun dan lulus Work Diary.

Lulus oral exam iaitu 4 areas, Task 1 dan Task 2.
Sesiapa boleh menjadi Perunding Hartanah dengan menghadiri Sijil Kursus Perunding Hartanah selama 2 hari (Negotiator Certification Course).

Tiada oral exam.
Menjadi supervisor kepada Perunding Hartanah atau REN.

Setiap Ejen Hartanah boleh mempunyai maksima 50 perunding hartanah.
Menjalankan tugasan di bawah pengawasan (supervision) Ejen Hartanah.

So dah boleh bezakan Perunding Hartanah dengan Ejen Hartanah ?

Kebiasaanya Ejen Hartanah adalah pemilik kepada agensi hartanah samada milikan tunggal atau sendirian berhad (sdn bhd).

So lepas ni kalau ada Perunding Hartanah yang melakukan kesalahan atau penipuan sepanjang menguruskan transaksi jual-beli atau sewa, anda boleh terus melaporkan kepada Ejen Hartanah yang menjadi supervisor.

Apa pun pastikan anda melantik Ejen Hartanah Berdaftar atau Perunding Hartanah Berdaftar sahaja.

Sumber : Bloghartanah.com

The post Apa Beza Ejen Hartanah & Perunding Hartanah ? appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2019/01/14/apa-beza-ejen-hartanah-perunding-hartanah/feed/ 0
Kenapa Perlu Semak Harga Pasaran Sebelum Jual Rumah? https://irealty.my/2019/01/09/kenapa-perlu-semak-harga-pasaran-sebelum-jual-rumah/ https://irealty.my/2019/01/09/kenapa-perlu-semak-harga-pasaran-sebelum-jual-rumah/#respond Wed, 09 Jan 2019 03:37:39 +0000 https://irealty.my/?p=16784 Soalan di atas dituju kepada anda yang merancang nak jual rumah dalam masa terdekat. Atau ada plan nak jual rumah dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun dari sekarang. Perlu ke nak semak harga pasaran atau market value rumah terkini? Daripada pengalaman saya sebagai ejen hartanah berdaftar, ada di luar sana pemilik rumah yang tak semak langsung...

The post Kenapa Perlu Semak Harga Pasaran Sebelum Jual Rumah? appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
Soalan di atas dituju kepada anda yang merancang nak jual rumah dalam masa terdekat. Atau ada plan nak jual rumah dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun dari sekarang.

Perlu ke nak semak harga pasaran atau market value rumah terkini?

Daripada pengalaman saya sebagai ejen hartanah berdaftar, ada di luar sana pemilik rumah yang tak semak langsung harga pasaran terkini.  Mungkin semak gitu-gitu sahaja. Akhirnya letak harga jualan ikut suka sahaja.

Masalah timbul apabila pembeli dah berminat, harga jualan dan terma-terma jual beli telah dipersetujui.

Ada kes rumah di Bandar Baru Bangi, penjual nak naikkan harga di saat-saat akhir. Iaitu selepas semua proses negotiating harga selesai dan pembeli pun dah letak booking.

Difahamkan rumah tersebut telah dijual di bawah harga pasaran. Ini berlaku 6-7 tahun yang lepas di mana pasaran hartanah pada waktu sangat baik. Di mana supplyamat sedikit dan demand agak tinggi. Pada waktu ini kebanyakkan rumah dijual mengikut harga pasaran semasa atau lebih daripada harga pasaran.

Tapi pada tahun ini, pasaran hartanah agak lembab. Supply terlalu banyak dan demand amat sedikit. Banyak faktor yang menyumbang kepada pasaran semasa.

Pada waktu ini kelebihan kepada pembeli di mana rumah boleh dibeli di bawah harga pasaran.

Semak Harga Pasaran Terkini

Jadi perlu ke semak harga pasaran terkini di kala pasaran hartanah yang masih perlahan?

Jawapan saya sebagai ejen hartanah adalah wajib bagi semak market value terkini.

Perlu ke semak harga pasaran terkini ?

Anda boleh semak harga pasaran terkini dari jiran, ejen hartanah setempat, portal hartanah seperti mudah.my, iproperty, propertyguru, portal brickz dan penilai berdaftar. Info lanjut klik Cara Semak Harga Pasaran Rumah.

Setiap pemilik rumah yang nak jual rumah mesti mempunyai target tertentu seperti tempoh masa proses jual beli boleh selesai dan dapatkan keuntungan hasil penjualan rumah. Selain daripada itu, kebanyakkan pemilik mempunyai target keuntungan yang diperolehi apabila rumah tersebut dijual.

Lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi sekarang ni, banyak yang nak jual rumah kerana mempunyai tunggakan bank, rumah hampir dilelong, diberhentikan kerja, downgrade ke rumah lebih murah dan macam-macam lagi.

Pentingnya di sini adalah semak market value terkini bagi rumah anda. Strategi menjual rumah pada waktu sekarang ini ialah menjual rumah di bawah harga pasaran semasa atau below market value.

Jangan pula nak letak harga ikut harga pasaran atau nak jual lebih tinggi daripada harga pasaran semasa. Tapi kalau nak cuba-cuba dulu, boleh je. Kalau berjaya jual pada harga tersebut memang rezeki anda nampaknya.

Kesimpulan

So dah tahu kenapa perlu semak market value rumah?

Anda akan tahu harga pasaran terkini untuk rumah anda sendiri. Dan seterusnya boleh kira keuntungan kasar sekiranya rumah tersebut dijual. Yang paling penting harga pasaran tersebut akan membantu anda meletakkan harga jualan yang bersesuai dengan pasaran semasa.

Sumber Bloghartanah.com

The post Kenapa Perlu Semak Harga Pasaran Sebelum Jual Rumah? appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2019/01/09/kenapa-perlu-semak-harga-pasaran-sebelum-jual-rumah/feed/ 0
Mini Fiesta Laman Kelubi – Banglo Mewah 1 Tingkat https://irealty.my/2018/11/26/mini-fiesta-laman-kelubi-banglo-mewah-1-tingkat/ https://irealty.my/2018/11/26/mini-fiesta-laman-kelubi-banglo-mewah-1-tingkat/#respond Mon, 26 Nov 2018 07:20:56 +0000 https://irealty.my/?p=16374 MINI FIESTA LAMAN KELUBI Anda semua dijemput hadir ke Mini Fiesta Laman Kelubi Sebuah projek Banglo Mewah 1 Tingkat di Semenyih – Beranang. Perasmian oleh YB Hasanuddin, Parlimen Hulu Langat. Artis jemputan dari WARNER MUSIC : ANIS ANEESA akan menyerikan lagi majlis Mini Fiesta Laman Kelubi Datang Beramai- Ramai & Dapatkan “ Goodies istimewa daripada...

The post Mini Fiesta Laman Kelubi – Banglo Mewah 1 Tingkat appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
MINI FIESTA LAMAN KELUBI

Anda semua dijemput hadir ke Mini Fiesta Laman Kelubi

Sebuah projek Banglo Mewah 1 Tingkat di Semenyih – Beranang.

Perasmian oleh YB Hasanuddin, Parlimen Hulu Langat.

Artis jemputan dari WARNER MUSIC : ANIS ANEESA akan menyerikan lagi majlis Mini Fiesta Laman Kelubi

Datang Beramai- Ramai & Dapatkan “ Goodies istimewa daripada Artis ANIS ANEESA !!!

DENGARKAN LAGU TERBAHARU -ANIS ANEESA FEATURING TAUKE JAMBU-BERJUDUL TERUSIK USIK https://youtu.be/s3sPAELM87A

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk untuk anak-anak seperti Sand Art dan Pertandingan Mewarna

Kambing golek, satay dan makanan ringan disediakan oleh pihak penganjur.

INFO MINI FIESTA LAMAN KELUBI

Hari : Sabtu (1 Disember 2018)
Tempat : Rumah Contoh Laman Kelubi (berhadapan Surau Al Falah, Jln Sesapan Kelubi)
Masa : 10 pagi – 5 petang

The post Mini Fiesta Laman Kelubi – Banglo Mewah 1 Tingkat appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2018/11/26/mini-fiesta-laman-kelubi-banglo-mewah-1-tingkat/feed/ 0
Top Producer & Top Achiever September 2018 https://irealty.my/2018/11/15/top-producer-top-achiever-september-2018/ https://irealty.my/2018/11/15/top-producer-top-achiever-september-2018/#respond Thu, 15 Nov 2018 07:44:48 +0000 https://irealty.my/?p=16274 The post Top Producer & Top Achiever September 2018 appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>

The post Top Producer & Top Achiever September 2018 appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2018/11/15/top-producer-top-achiever-september-2018/feed/ 0
Tip Hartanah: 9 Dokumen Penting Asas Jual Beli Hartanah https://irealty.my/2018/10/25/tip-hartanah-9-dokumen-penting-asas-jual-beli-hartanah/ https://irealty.my/2018/10/25/tip-hartanah-9-dokumen-penting-asas-jual-beli-hartanah/#comments Wed, 24 Oct 2018 23:25:38 +0000 https://irealty.my/?p=15520 Tip Hartanah: 9 Dokumen Penting Asas Jual Beli Hartanah “En Khaidir, apa dokumen yang diperlukan untuk jual rumah banglo saya di Bandar Baru Bangi tu?” Jom kita baca senarai 9 dokumen penting yang penjual/pemilik hartanah perlu sediakan apabila berurusan dengan ejen hartanah, berikut adalah dokumen asas yang diperlukan untuk proses jual beli hartanah :- (1)...

The post Tip Hartanah: 9 Dokumen Penting Asas Jual Beli Hartanah appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
Tip Hartanah: 9 Dokumen Penting Asas Jual Beli Hartanah

“En Khaidir, apa dokumen yang diperlukan untuk jual rumah banglo saya di Bandar Baru Bangi tu?”

Jom kita baca senarai 9 dokumen penting yang penjual/pemilik hartanah perlu sediakan apabila berurusan dengan ejen hartanah, berikut adalah dokumen asas yang diperlukan untuk proses jual beli hartanah :-

(1) Salinan Dokumen Hak Milik

(2) Salinan perjanjian jual-beli terdahulu (Sales Purchase Agreement) (sekiranya ada)

(3) Alamat terkini hartanah tersebut (melalui cukai pintu dapat diketahui)

(4) Cukai tanah (Quit Rent) dan cukai pintu (Assessment Rates) terkini yg telah berbayar

(5) Salinan kad pengenalan penjual

(6) Bil Utiliti semasa seperti bill letrik, bill air dan indah water (outgoings bills) hartanah tersebut or maintenance statement yang terbaru sekiranya hartanah jenis condo/apartment/flat

(7) No. cukai pendapatan penjual (sekiranya penjual tiada peguam) dan cawangan didaftarkan.

No cukai pendapatan ini adalah untuk pemfailan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) oleh pihak Peguam di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa Surat Perjanjian Jualbeli dimeterai dalam masa 60 hari di setem atau selepas “Consent” diterima oleh pihak Peguam (mana mana yang terkemudian) untuk pengiraan Cukai Keuntungan Harta Tanah.

Bagi hartanah yang lebih 5 tahun cukai tidak akan dikenakan keatas belian yang berlaku tetapi proses pemfailan adalah “compulsory”.

(8) Salinan penyata hutang bank penjual bagi hartanah yang tersebut (untuk memastikan harta tersebut dijual tidak kurang dari harga hutang)

(9) Salinan perjanjian pinjaman bank penjual

Kos Guaman hanya dapat ditentukan setelah tuan/puan nyatakan jenis harta tersebut dan harga belian kerana yuran guaman adalah termaktub dibawah Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017.

Semoga tip hartanah senarai 9 dokumen asas dan penting ini memberi manfaat kepada anda semua.

Khaidir Zakaria (REN ID 33500)

ejen hartanah putrajaya malaysia

iRealty Khaidir Zakaria

The post Tip Hartanah: 9 Dokumen Penting Asas Jual Beli Hartanah appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2018/10/25/tip-hartanah-9-dokumen-penting-asas-jual-beli-hartanah/feed/ 2
Top Producer & Top Achiever Bagi Bulan Ogos 2018 https://irealty.my/2018/10/09/top-producer-top-achiever-bagi-bulan-ogos-2018/ https://irealty.my/2018/10/09/top-producer-top-achiever-bagi-bulan-ogos-2018/#respond Mon, 08 Oct 2018 23:36:28 +0000 https://irealty.my/?p=14749 Tahniah.. Tahniah kepada Perunding Hartanah iRealty. Di bawah adalah Top Producer dan Top Achiever bagi bulan Ogos 2018   Semoga anda semua terus ke hadapan.

The post Top Producer & Top Achiever Bagi Bulan Ogos 2018 appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
Tahniah..

Tahniah kepada Perunding Hartanah iRealty. Di bawah adalah Top Producer dan Top Achiever bagi bulan Ogos 2018

 

Semoga anda semua terus ke hadapan.

The post Top Producer & Top Achiever Bagi Bulan Ogos 2018 appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2018/10/09/top-producer-top-achiever-bagi-bulan-ogos-2018/feed/ 0
ANAK MUDA ! MANA YANG DIUTAMAKAN .. BELI RUMAH ATAU BELI KERETA ? https://irealty.my/2018/09/28/anak-muda-mana-yang-diutamakan-beli-rumah-atau-beli-kereta/ https://irealty.my/2018/09/28/anak-muda-mana-yang-diutamakan-beli-rumah-atau-beli-kereta/#respond Fri, 28 Sep 2018 03:04:24 +0000 https://irealty.my/?p=14528 BELI RUMAH ATAU BELI KERETA ? SUDAH TERBUKAKAH MINDA KITA TENTANG PERSOALAN DIATAS ? MASIH KELIRU ? Sinopsis Remaja : anggaran umur ialah 13 – 20 tahun. Pemuda : anggaran umur ialah antara 21 – 40 tahun. alkisah… Selepas tamat SPM pada umur 17 tahun, ada rezeki mungkin sambung belajar di Universiti selama 3-4 tahun....

The post ANAK MUDA ! MANA YANG DIUTAMAKAN .. BELI RUMAH ATAU BELI KERETA ? appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
BELI RUMAH ATAU BELI KERETA ?

SUDAH TERBUKAKAH MINDA KITA TENTANG PERSOALAN DIATAS ? MASIH KELIRU ?

Sinopsis

Remaja : anggaran umur ialah 13 – 20 tahun.

Pemuda : anggaran umur ialah antara 21 – 40 tahun.

alkisah…

Selepas tamat SPM pada umur 17 tahun, ada rezeki mungkin sambung belajar di Universiti selama 3-4 tahun. jika cemerlang keputusan bakal greg dengan bangga dan bekerjaya. Ada juga remaja yang tidak sambung belajar selepas tamat SPM dan terus bekerja. Ada juga yang sekolah pun tak habis dan terus bekerja. Dan ada juga yang ceburi bidang bisnes.

Kesimpulannya akan ada sumber pendapatan setiap bulan !

Masa tulah mula mengenali kehidupan dunia, masa itulah sudah mula lihat apa yang orang lain ada, masa itulah sudah pasang angan-angan dan macam-macam lagi bermain dalam kepala.

Nak beli kereta …

Nak beli motor …

Nak beli gajet canggih up to date …

Nak pakai pakaian yang branded …

Nak cari pasangan …

dan lain-lain lagi …

Nak Beli Kereta, Motor @ Gajet Canggih? Atau nak beli Rumah?

Tapi berapa ramaikah, berapa persenkah anak muda yang berfikir, mula pasang angan-angan, “aku tak nak benda lain.. mula-mula aku nak beli rumah ! aku nak ada rumah sendiri, aku nak ada aset bernilai”  TAHNIAH diucapkan jika ada anak muda berfikiran seperti ini.

Yang lain tak salah , betul semuanya cuma yang mana lebih utama daripada yang utama.

Rasa selesa sebab masih tinggal dengan parents, rasa selesa dengan hanya menyewa rumah orang tapi sampai bila ?

ayat biasa … ” mana laa aku mampu nak beli rumah.. dah la harga mahal, deposit lagi nak kena cari, cukup-cukup makan aje ni…”

sebab tulah….

Bermulalah dengan kesedaran pemikiran, bila dah ada kesedaran akan lahirlah tindakan-tindakan ke arah tu.. mula menabung, berjimat cermat berbelanja dan lain-lain. jauhi alasan yang negatif. Masih belum terlambat !

  • Yang bekerja KWSP kan ada. akaun 2.
  • Ada saja bank yang tawarkan pakej terbaik untuk pembelian rumah pertama.
  • Rumah projek baru macam-macam rebat ada.
  • Mahal ? janganlah terus beli banglo 3 tingkat … bermulalah  dengan rumah mampu beli, flat ke, teres setingkat ke, apartment ke.. asalkan layak dan berjaya beli.
  • Nama dah blacklist…huhu… tanya diri kenapa nama blacklist? mesti ada punca.. kereta? kredit kad? personal loan?

Kesimpulan

So kesimpulannya .. mulakan dengan KESEDARAN PEMIKIRAN untuk utamakan apa yang lebih utama. Aset yang berharga antaranya adalah hartanah. Harga rumah, tanah terus menaik bukan menurun so payah nak rugi.

Kenapa saya boleh tulis cerita seperti ini ? sebabnya saya sendiri telah buktikan, sekolah hingga SPM sahaja dan terus kerja TAPI … SAYA TANAM DALAM KEPALA, PASANG CITA-CITA nak beli rumah di usia muda.

Alhamdulillah .. saya berjaya beli rumah masa umur 21 tahun dan rumah ke2 masa umur 34 tahun. syukur sangat-sangat.

saya pun boleh .. korang semua pastilah lagi boleh !! biar tahu jangan keliru .. tanyalah ejen hartanah anda.

semoga bermanfaat. wallahu alam.

nak tanya pasal hartanah, jangan malu2 hubungi saya, whatsapp, sms 019 2115995 Abdul Halim, ejen hartanah & Team Manager di iRealty Putrajaya.

ingat property … ingat Halim irealty …

The post ANAK MUDA ! MANA YANG DIUTAMAKAN .. BELI RUMAH ATAU BELI KERETA ? appeared first on iRealty - iReal Property Sdn Bhd.

]]>
https://irealty.my/2018/09/28/anak-muda-mana-yang-diutamakan-beli-rumah-atau-beli-kereta/feed/ 0