Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Ejen Hartanah Bachok, Ketereh dan Machang Kelantan

    January 5, 2023

    Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

    February 22, 2022

    Cara Jadi Ejen Hartanah

    February 9, 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Facebook Twitter Instagram
    IQI iRealty Group
    Subscribe
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    IQI iRealty Group
    Home » Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah
    Info Hartanah

    Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

    Zulhisham Abu NawarBy Zulhisham Abu NawarFebruary 22, 2022Updated:February 22, 2022No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    70421485 - estate agent showing a house to the young family
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Saya yakin dengan cabaran ekonomi semasa apabila COVID19 melanda, ramai orang buat keputusan besar untuk menjual rumah mereka.

    Ada yang diberhentikan kerja kerana tiada sumber pendapatan dan buat keputusan jual rumah. Ada juga jual rumah sebab kes penceraian dan banyak lagi.

    Selain buat keputusan jual rumah kerana terpaksa, ada orang jual rumah kerana berpindah tempat kerja atau membeli rumah baru yang lebih selesa.

    Ada juga jual rumah bagi mendapatkan tunai untuk dijadikan modal perniagaan. Ada juga jual rumah kerana untuk pulang ke kampung halaman.

    Semua orang ada sebab tersendiri jual rumah mereka. Anda ?

    Pada pengamatan saya menjual rumah ini bukan perkara yang mudah. Ia melibatkan banyak pihak seperti bank, penjual dan pembeli, peguam hartanah, penilai hartanah, pejabat tanah dan banyak lagi.

    Jual beli rumah ini melibatkan banyak undang-undang seperti Kanun Tanah Negara, Akta Kontrak, Akta Pengurusan Strata dan sebagainya.

    Risikonya apabila penjualan rumah ada masalah, kita tak dapat duit dalam tempoh yang kita nak. Lagi lama transaksi jual beli, keuntungan akan berkurangan, kena penalti lewat dan sebagainya.

    Sebagai Ejen Hartanah Berdaftar dengan pengalaman lebih 12 tahun, berikut adalah cara jual rumah menggunakan ejen hartanah yang boleh saya cadangkan.

    1. BUAT MARKET ANALISA SENDIRI

    Sebelum buat keputusan untuk menjual rumah, pastikan anda telah membuat analisa harga pasaran semasa. Ya, kita nak jual rumah bagi mendapatkan keuntungan semaksima yang mungkin.

    Jadi kita perlu buat sendiri analisa harga pasaran semasa. Boleh tanya pada banker dan jiran-jiran setempat. Selalunya ada jiran-jiran yang jual rumah atau refinance rumah dalam tempoh 12 bulan yang lepas.

    Selain itu boleh lihat iklan-iklan rumah untuk dijual di portal hartanah seperti Mudah Property, iProperty, Propertyguru dan seangkatan dengannya.

    Dari analisa awal yang kita buat ini, sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mengira berapakah keuntungan apabila jual rumah.

    2. SENARAIKAN EJEN HARTANAH SETEMPAT

    Kita boleh menjual rumah kita sendiri tanpa perlukan bantuan dari ejen hartanah. Tetapi tidak semua orang mampu sebab tiada ilmu. Prosesnya agak rumit dan memerlukan tempoh masa yang panjang. Pengalaman saya sendiri ramai pemilik rumah hadapi masalah apabila jual rumah sendiri tanpa mengunakan ejen hartanah.

    Saya sendiri pernah menguruskan penjualan rumah di mana pemilik rumah sudah ada pembeli.

    Ramai ejen hartanah boleh membantu kita jualkan rumah.

    Tapi kita harus lantik ejen hartanah yang betul-betul boleh jual dengan cepat tanpa hadapi banyak masalah.

    Oleh itu saya cadangkan anda senaraikan ejen hartanah atau perunding yang ada. Boleh google Ejen Hartanah Selangor atau Peruding Hartanah Alor Gajoh.

    Boleh juga cari di portal hartanah seperti di Mudah Property, iProperty, Propertyguru dan sebagainya. Kita juga boleh pusing-pusing dalam taman perumahan dan cari banner rumah untuk dijual atau bertanya pada jiran.

    Seterusnya kita perlu buat kajian sedikit bagi dapatkan maklumat lebih lanjut. Kita kena pastikan ejen tersebut betul-betul mahir di kawasan rumah kita. Antara ciri-cirinya ejen tersebut pernah menjual beberapa unit di taman perumahan yang sama.

    Paling penting kita akan melantik Ejen Hartanah Berdaftar atau Perunding Hartanah Berdaftar.

    Kenapa Perlu Lantik Ejen Hartanah Berdaftar?

    Sekiranya ejen berdaftar membuat salahlaku, kita boleh laporkan kepada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pegurus Harta (LPPEH).

    Perbezaan Ejen Hartanah Berdaftar dan Perunding Hartanah Berdaftar baca sini

    3. Jenis Lantikan Ejen Hartanah

    Ada 4-5 jenis lantikan yang ada di Malaysia. Kebiasaannya 2 jenis lantikan yang digunakan iaitu Exclusive dan Adhoc.

    Secara ringkas lantikan exclusive ialah melantik 1 ejen hartanah sahaja dalam satu tempoh masa. Tempoh lantikan dalam 2 bulan ke 3 bulan bergantung persetujuan penjual. Dalam lantikan ini, semua transaksi jual beli rumah akan diuruskan oleh ejen hartanah yang telah mendapat lantikan.

    Lantikan Adhoc pula ialah penjual boleh melantik lebih dari 1 ejen hartanah dalam satu tempoh masa. Kita hanya perlu membayar fi ejen hartanah kepada ejen yang berjaya jual rumah.

    Lantikan exclusive dan adhoc ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Saya cadang bincang dengan ejen hartanah semasa membuat lantikan nanti.

    4. KOS EJEN HARTANAH

    Kos ejen hartanah adalah maksima 3% dari harga jual dan ada SST 6% dari kos ejen hartanah. Jumlah keseluruhan bukan 9% tapi 3.18% dari harga jualan rumah. [KOS JUAL RUMAH]

    Kena Bayar Duit Duit Poket Sendiri Ke?

    Kos ejen hartanah ni tak perlu bayar guna duit poket sendiri. Nanti tolak daripada deposit pembeli rumah sahaja.

    5. SURAT LANTIKAN

    Apabila anda bersetuju untuk melantikan ejen hartanah bagi menjual rumah, anda perlu tandatangan surat lantikan ejen hartanah.

    Pastikan anda maklum dengan jenis lantikan yang akan digunakan, tempoh lantikan, kos ejen hartanah dan perkara-perkara lain.

    Dan pastikan anda menyimpan 1 salinan surat lantikan untuk rujukan pada masa akan datang.

    6. PEMANTAUAN

    Walaupun kita sudah melantik ejen hartanah bagi menguruskan proses jual beli rumah, kita harus memantau ejen hartanah tersebut. Tujuan pemantauan bagi pastikan objektif penjualan rumah tercapai secepat yang mungkin.

    Kita boleh berhubung dengan ejen hartanah bagi dapatkan laporan penjualan rumah dan hasil daripada aktiviti-aktiviti marketing. Saya cadangkan berhubung dengan ejen seminggu sekali atau 2 minggu sekali.

    Dari sini kita boleh lihat samada rumah kita boleh dijual atau tidak. Sekiranya harga terlalu tinggi, kita boleh turunkan sedikit demi sedikit. Sekiranya ada banyak aduan keadaan rumah yang teruk, kita boleh baiki dahulu.

    KESIMPULAN

    Jual rumah bukan perkara yang mudah dan memakan masa yang panjang. Kena perlu ada pengalaman dan pengetahuan bagi memastikan proses jual beli berjalan dengan lancar.

    Saya cadangkan sila berhubung dengan ejen hartanah setempat bagi dapatkan bantuan profesional. Pastinya amat berbaloi dengan melantik ejen hartanah bagi menguruskan penjualan rumah. Kita pun tak pening kepada sebab ejen yang uruskan semuanya.

    Cuma nasihat saya pastikan anda melantik ejen hartanah berdaftar yang mahir dalam kawasan anda.

    NOTA : Sekiranya ada memerlukan Ejen Hartanah, sila layari Servis Jual Beli Rumah

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zulhisham Abu Nawar
    • Website
    • Facebook

    Ejen Hartanah Berdaftar E2767 | Co-founder IQI iRealty Group | Certified HRDF TTT | Certified Financial Planner

    Related Posts

    Perbezaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah

    February 8, 2022

    Beli atau sewa rumah? Kelebihan membeli dan menyewa.

    November 17, 2021

    Panduan Untuk Menambah Nilai Hartanah Anda (2021)

    November 17, 2021
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Editors Picks
    Top Reviews
    Kawasan Jajahan

    Selangor – Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Ampang, Keramat, Bdr Saujana Putra, Putra Height, Bdr Sg Long, Mahkota Cheras, Desa Pinggiran Putra, Sg Buloh, Selayang, Gombak, Kajang, Semenyih, Puchong, Seri Kembangan, Puncak Alam, Salak Tinggi, Dengkil Negeri Sembilan – Seremban, Senawang, Sendayan, Nilai, Pajam, Putra Nilai Melaka – Ayer Keroh, Alor Gajah, Jasin Johor – Johor Bharu, Skudai, Pasir Gudang, Masai Pahang – Kuantan Kelantan – Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pasir Pekan, Tumpat, Bachok, Ketereh, Machang

    Hubungi

    IQI REALTY SDN BHD (PUTRAJAYA) E(1)1584
    M-2-02 & M-2-03 Connection Commercial,
    Persiaran IRC3 IOI Resort City Putrajaya,
    62502 Sepang,
    Selangor

    Email : [email protected]

    Facebook Twitter Instagram Pinterest Vimeo YouTube
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    © 2023 iRealty.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.