Sejak Cik COVID menyerang kita pada penghujung tahun 2019, dapat dilihat impaknya amat besar sekali. Salah satu yang mendapat kesan yang besar adalah sektor ekonomi.
Banyak orang kehilangan kerja, perniagaan ditutup, bisnes kerugian dan macam-macam lagi.
Begitu juga dalam sektor hartanah turut mendapat kesan. Sehinggakan pelbagai kempen dibuat oleh kerajaan dan pemaju hartanah bagi memastikan sektor hartanah mendapat sambutan.
Dalam tempoh ini, permintaan kerjaya sebagai Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah mendapat perhatian ramai.
Ini dibuktikan dengan penyertaan ramai orang untuk menjadi Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah.
Sama ke Perunding Hartanah dengan Ejen Hartanah?
Sebelum saya menerangkan Cara Menjadi Ejen Hartanah, suka saya jelaskan terma Ejen Hartanah. Sebenarnya ada perbezaan antara ejen hartanah dan perunding hartanah. Dalam tulisan kali ini, saya cuba guna terma yang biasa digunakan orang ramai iaitu Ejen Hartanah. Terma Ejen Hartanah dalam tulisan ini adalah merujuk kepada Perunding Hartanah. Insyallah nanti saya akan buat artikel berkenaan Cara Menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.
Cara Jadi Perunding Hartanah
Di bawah adalah Cara Menjadi Ejen @ Perunding Hartanah :
1. Negotiator Certification Course (NCC)
Antara syarat utama untuk menjadi Perunding Hartanah ialah anda perlu hadir kursus perunding hartanah iaitu Negotiator Certification Course (NCC). Kursus ini dijalankan selama 2 hari dan anda akan belajar 8 topik berkaitan hartanah. Daripada undang-undang tanah, proses jual beli rumah, marketing dan macam-macam lagi.
Apa yang boleh saya cadangkan apabila pergi ke kursus ini, pastikan cawan kita dikosongkan supaya boleh diisikan dengan ilmu dengan banyaknya nanti.
Kos kursus ini RM600 sahaja. Banyak penganjur yang ada untuk NCC ini seperti Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), Malaysian Institute Estate Agent (MIEA) dan persatuan-persatuan lain.
Buat masa ini kursus ini tiada peperiksaan. Hari perlu hadir dan dapatkan sijil kehadiran. Dengar-dengar cerita tahun 2022 ini mungkin akan dilaksanakan peperiksaan selepas hadiri kursus. Kalau tak lulus exam, kena repeat semula sampai lulus.
Saya juga salah seorang penceramah atau speaker bagi kursus NCC ini.
2. Sertai Agensi Hartanah Berdaftar
Apabila dah hadir ke kursus NCC, maka anda dah boleh pilih mana-mana agensi hartanah berdaftar.
Anda boleh pilih mana-mana agensi hartanah yang berkenan di hati. Kalau saya, saya akan pilih agensi yang tidak jauh tak rumah. Nanti tak jauh sekiranya perlu pergi ke pejabat.
Faktor lain yang penting juga, agensi tersebut menyediakan training dan bantuan kepada perunding hartanah baru, ada team leader atau leader yang memantau kita. Sekiranya anda nak fokus kepada new project atau perumahan baru, anda perlu cari agensi hartanah yang banyak mendapat lantikan dari pemaju.
3. REN Tag
Setiap perunding hartanah mesti mempunyai REN Tag yang aktif. Dan REN Tag ini perlu diperbaharui setiap tahun.
Untuk pastikan anda mendapat REN Tag, anda perlu mencari agensi hartanah yang mempunyai kekosongan slot REN Tag. Sebab 1 Ejen Hartanah Berdaftar boleh lantik 50 Perunding Hartanah sahaja.
Pendaftaran REN Tag ini perlu dibuat oleh agensi hartanah. Anda perlu sediakan sijil NCC.
Pendaftaran REN Tag ni selalunya tak ambil masa yang lama. Kena selalu semak rekod anda di website LPPEHPH. Sekiranya nama anda telah dipaparkan, maksudnya anda telah didaftarkan sebagai perunding hartanah.
Seterusnya anda dah boleh buat bisnes kad dan jangan lupa masukkan nombor REN Tag. Cuma untuk kad REN Tag tu memakan masa sedikit. Bila kad tu dah siap, pihak LPPEHPH akan serahkan kepada agensi hartanah.
Kesimpulan
Setiap perunding hartanah memang memerlukan REN Tag dalam setiap urusan bersama klien. REN Tag ni seperti lesen memandu, bila ada lesen baru hati senang untuk memandu kereta di jalan raya. Baru kita boleh buat marketing secara besar-besaran.
Pastikan apabila kita telah menjadi Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah berdaftar, kita mampu buat sales setiap masa. Cuba dapatkan pendapatan 5 ANGKA.
Insyallah dengan target betul dan kita berusaha sehabis baik, insyallah ada rezeki untuk kita dan keluarga. Dengan rezeki yang halal kita juga boleh membuat infaq dan zakat sebagai kewajipan kepada agama dan masyarakat.
Jom Jadi Perunding Hartanah Bersama IQI iRealty Group
Sekiranya anda berminat menjadi Perunding Hartanah Berdaftar bersama pasukan saya, sila dapat info lanjut di Jadi Perunding Hartanah IQI iRealty Group