Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Ejen Hartanah Bachok, Ketereh dan Machang Kelantan

    January 5, 2023

    Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

    February 22, 2022

    Cara Jadi Ejen Hartanah

    February 9, 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Facebook Twitter Instagram
    IQI iRealty Group
    Subscribe
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    IQI iRealty Group
    Home » Adakah Anda Memerlukan Ijazah untuk Menjadi Perunding Harta Tanah?
    Karier Hartanah

    Adakah Anda Memerlukan Ijazah untuk Menjadi Perunding Harta Tanah?

    Zulhisham Abu NawarBy Zulhisham Abu NawarNovember 17, 2021Updated:November 17, 2021No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Iya, soalan yang sering kali menghantui para pencari kerja. Mana tidak, di zaman yang sangat kompetitif ini, sijil dan ijazah telah banyak dikeluarkan dari pelbagai bidang pendidikan, dan banyak pekerjaan yang memerlukan ijazah. Ia tidak ganjil untuk seseorang untuk tertanya-tanya bahawa syarat-syarat menjadi perunding harta tanah memerlukan kelayakan tersebut juga.

    Setiap orang melalui fasa yang berbeza dalam kehidupan. Mungkin ada di antara anda yang telah mempelajari sesuatu selama bertahun-tahun dan akhirnya menyedari bahawa anda ingin melakukan sesuatu perkara yang lain. Ini adalah perkara biasa kerana tidak semua yang dirancang akan menjadi dan dengan itu pentinglah untuk kita meneroka pelbagai ilmu dan pilihan tambahan. 

    Katakan seseorang bekerja sebagai akauntan selama 10 tahun, tetapi tiba-tiba mendapati diri mereka dahagakan sesuatu yang berbeza. Sesuatu yang baru.

    Dan katakanlah “sesuatu” yang baru itu adalah pekerjaan yang melibatkan industri hartanah. Adakah mereka boleh melakukakannya?

    Jawapan yang tepat adalah, ya – sudah tentu mereka boleh!

    Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui.

    1. Syarat Kelayakan
    2. Perbezaan Antara Perunding dan Ejen Hartanah
    3. Ijazah Yang Boleh Meningkatkan Kefasihan

    Kelayakan menjadi Ejen Harta Tanah (Di Malaysia)

    • Merupakan penduduk / permastautin tetap Malaysia.
    • Mesti memiliki sijil SPM dengan sekurang-kurangnya 5 kelulusan dan 3 daripadanya adalah kredit.
    • Mesti berumur 17 tahun dan ke atas.
    • Satu atau lebih daripada kredit mestilah dari subjek Sains, Matematik, Perdagangan atau Perakaunan.

    Mengetahui perbezaan di antara Ejen Harta Tanah (REA) dan Perunding Harta Tanah (REN)

    Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat perbezaan di antara ejen harta tanah (REA) dan perunding harta tanah (REN).

    “Walaupun Individu Perunding Harta Tanah (REN) bekerjasama dengan Ejen Harta Tanah (REA), mereka tetap tidak mempunyai kelayakan dan pentauliahan penuh seperti Ejen Harta Tanah (REA). Walaupun begitu, Perunding Harta Tanah (REN) masih diberi kredit dengan cara mereka tersendiri dan mesti berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penilai harta tanah, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (BOVAEA).”

    Untuk bekerja di bidang ini, anda mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

    • Menghadiri kursus hartanah selama dua hari dan mendapatkan sijil kehadiran kursus tersebut.
    • Mencari pekerjaan dengan firma hartanah di bawah ‘Kontrak Perkhidmatan’ atau ‘Kontrak untuk Perkhidmatan’.

    Untuk menjadi Ejen Harta Tanah (REA), anda mestilah melalui perkara berikut:

    • Menghadiri diploma selama dua tahun di Estate Agency.
    • Dilatih selama dua tahun dibawah pengawasan Ejen Harta Tanah (REA) yang berkelayakan penuh.
    • Menghantar log karya anda ke BOVEA untuk penilaian dan kelulusan mereka.

    Ijazah Yang Berguna di Dunia Hartanah

    Kami faham bahawa jalan untuk memilih kerjaya bukanlah satu pilihan yang mudah kerana tidak semua orang mengetahui apa yang mereka minat dari kecil bahkan mereka yang berada di usia dewasa juga masih tercari-cari apa impian yang ingin dikejar. 

    Dengan itu, jika anda adalah seorang pelajar yang sedang membaca artikel ini, dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menceburi bidang seni hartanah dan menjadi perunding harta tanah, berikut adalah beberapa ijazah yang relevan dan sangat berguna bagi anda untuk memulakan perjalanan anda! 

    • Pengurusan Sumber Manusia

    Mengurus dan berurusan dengan orang adalah tugas utama dalam hartanah, jadi ia jelas mengapa ijazah sumber manusia disenaraikan dalam ni. 

    Ijazah ini juga menekankan betapa pentingnya kepelbagaian dan budaya, iaitu sesuatu yang anda akan berhadapan dengan apabila menjadi ejen/ perunding harta tanah.

    • Psikologi

    Psikologi mengajar anda untuk mendalami jiwa dan sifat serta tingkah laku manusia. Ijazah ini adalah sangat bermanfaat kerana dapat membantu anda untuk memahami pelanggan anda dengan lebih baik.

    Ia boleh menjadikan anda seorang ejen yang sangat diingini di kalangan pelangan anda kerana sifat anda yang mampu memahami dan berhubungan dengan mereka akan membuat pelanggan anda merasa lebih  selesa bersama anda. 

    • Keusahawanan

    Ijazah keusahawanan bukan sahaja tertumpu kepada perniagaan akan tetapi juga melibatkan urusan jual beli dan hubungan sesama manusia. Untuk menjadi peniaga yang baik, anda perlu memiliki ketiga-tiga sifat ini agar orang ramai akan lebih tertarik kepada produk atau perkhidmatan anda. 

    Sebagai ejen harta tanah / perunding, perkhidmatan merupakan produk anda. Apa yang menentukan sama ada anda dapat menunjukan nilai produk tersebut kepada orang lain adalah dengan sejauh mana anda menunjukkan semangat keusahawanan anda!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zulhisham Abu Nawar
    • Website
    • Facebook

    Ejen Hartanah Berdaftar E2767 | Co-founder IQI iRealty Group | Certified HRDF TTT | Certified Financial Planner

    Related Posts

    Cara Jadi Ejen Hartanah

    February 9, 2022

    5 langkah mulakan kerjaya ejen hartanah di Malaysia

    November 16, 2021

    The 3 Keys of Success – Money, Time and Network

    November 11, 2021
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Editors Picks
    Top Reviews
    Kawasan Jajahan

    Selangor – Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Ampang, Keramat, Bdr Saujana Putra, Putra Height, Bdr Sg Long, Mahkota Cheras, Desa Pinggiran Putra, Sg Buloh, Selayang, Gombak, Kajang, Semenyih, Puchong, Seri Kembangan, Puncak Alam, Salak Tinggi, Dengkil Negeri Sembilan – Seremban, Senawang, Sendayan, Nilai, Pajam, Putra Nilai Melaka – Ayer Keroh, Alor Gajah, Jasin Johor – Johor Bharu, Skudai, Pasir Gudang, Masai Pahang – Kuantan Kelantan – Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pasir Pekan, Tumpat, Bachok, Ketereh, Machang

    Hubungi

    IQI REALTY SDN BHD (PUTRAJAYA) E(1)1584
    M-2-02 & M-2-03 Connection Commercial,
    Persiaran IRC3 IOI Resort City Putrajaya,
    62502 Sepang,
    Selangor

    Email : [email protected]

    Facebook Twitter Instagram Pinterest Vimeo YouTube
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    © 2023 iRealty.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.