Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Ejen Hartanah Bachok, Ketereh dan Machang Kelantan

    January 5, 2023

    Cara Jual Rumah Guna Ejen Hartanah

    February 22, 2022

    Cara Jadi Ejen Hartanah

    February 9, 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Facebook Twitter Instagram
    IQI iRealty Group
    Subscribe
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    IQI iRealty Group
    Home » 5 langkah mulakan kerjaya ejen hartanah di Malaysia
    Karier Hartanah

    5 langkah mulakan kerjaya ejen hartanah di Malaysia

    Zulhisham Abu NawarBy Zulhisham Abu NawarNovember 16, 2021Updated:November 16, 2021No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Ingin mengubah haluan kerjaya anda atau mencari pekerjaan baru? Jangan risau, kami telah sertakan semua maklumat penting yang perlu anda ketahui untuk menjadi ejen hartanah (REN) di Malaysia.

    1. Tanya diri anda, adakah anda berminat untuk menjadi Ejen Hartanah?

    Bila sebut tentang kerjaya yang melibatkan servis, perkara utama yang perlu ditekankan adalah  semangat membantu orang. 

    Ada sesetengah orang, pada awalnya tidak meminati sesuatu pekerjaan, tapi lama-kelamaan minat itu berputik dalam diri – yang penting ialah keinginan untuk belajar!

    Dan semuanya berbaloi apabila anda dapat membuat pelanggan gembira dan berpuas hati!

    Selain itu, anda dapat melawat dan menjual hartanah yang begitu hebat, serta bekerja dalam industri dimana segala usaha dan penat jerih akan membuahkan hasil yang lumayan!

    2. Apakah kelebihan menjadi seorang ejen hartanah?

    • Jadual yang fleksibel – Ejen hartanah hanya bertugas pada masa yang minima dan efektif. Jangan salah faham, walaupun masa fleksibel tapi tanggungjawab terhadap pelanggan tetap kena jaga. 
    • Komisen yang tiada had
    • ‘Networking’ dengan banyak pihak – Ejen hartanah biasanya akan selalu berhubung dengan pengurus bank dan guaman. Hampir setiap minggu anda akan menerima mesej melalui Whatsapp, panggilan telefon dan pemberitahuan media sosial.
    • Ilmu dan pengalaman berharga – Melalui pengalaman sebagai ejen hartanah, automatiknya ejen akan sedar tentang pembangunan setempat, isu kewangan, isu undang-undang tanah, hal pusaka, insolvensi kes bankrap. 
    • Cabang yang besar

    3. Meninjau agensi hartanah yang anda minat.

    Bagaiamanakah nak pilih agensi hartanah yang terbaik untuk anda?

    Sistem Komisen – Sebelum membuat pilihan, fahamkan sistem komisen syarikat itu, seperti tempoh pembayarannya ataupun adakah syarikat tersebut akan memotong komisen tanpa sebab dan sebagainya. 

    Latihan – Agensi yang sediakan kursus dan latihan kepada ejen hartanah.

    Suasana Positif – Apabila anda menemui syarikat yang mempunyai suasana positif dan persekitaran menarik, ia dapat mendorong ejen hartanah untuk mencabar diri mereka untuk mencapai masa depan yang lebih baik.

    Ingat, jangan hanya memilih syarikat tanpa melakukan penyelidikan, termasuk dalam talian dan luar talian.

    4. Apakah kursus dan latihan yang perlu dilakukan untuk menjadi Ejen Hartanah?

    Perunding Hartanah ataupun Ejen Hartanah wajib berdaftar dengan agensi dan mempunyai nombor seperti ‘REN 17585.’

    Melalui laman web BOVAEA:

    Perunding Hartanah perlu lulus Kursus Persijilan Perunding dan dalam tempoh itu,  anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.

    5. Tahniah! Tiba masanya untuk memohon lesen Ejen Hartanah (REN).

    Di Malaysia, anda perlu mengikuti kursus wajib selama dua hari sebelum anda boleh mendaftarkan diri sebagai Ejen Hartanah (REN).

    Pada 29 Mei 2014, BOVAVEA telah memutuskan untuk menyeragamkan modul kursus dua hari untuk pelaksanaan perakuan perunding, di mana sesiapa yang berminat akan diminta untuk memperakui dengan Lembaga Pengarah untuk menjalankan transaksi harta tanah.

    Ini adalah sebahagian daripada usaha BOVAVEA untuk meningkatkan profesionalisme dalam industri dan menyingkirkan broker haram.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zulhisham Abu Nawar
    • Website
    • Facebook

    Ejen Hartanah Berdaftar E2767 | Co-founder IQI iRealty Group | Certified HRDF TTT | Certified Financial Planner

    Related Posts

    Cara Jadi Ejen Hartanah

    February 9, 2022

    Adakah Anda Memerlukan Ijazah untuk Menjadi Perunding Harta Tanah?

    November 17, 2021

    The 3 Keys of Success – Money, Time and Network

    November 11, 2021
    Add A Comment

    Leave A Reply Cancel Reply

    Editors Picks
    Top Reviews
    Kawasan Jajahan

    Selangor – Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Ampang, Keramat, Bdr Saujana Putra, Putra Height, Bdr Sg Long, Mahkota Cheras, Desa Pinggiran Putra, Sg Buloh, Selayang, Gombak, Kajang, Semenyih, Puchong, Seri Kembangan, Puncak Alam, Salak Tinggi, Dengkil Negeri Sembilan – Seremban, Senawang, Sendayan, Nilai, Pajam, Putra Nilai Melaka – Ayer Keroh, Alor Gajah, Jasin Johor – Johor Bharu, Skudai, Pasir Gudang, Masai Pahang – Kuantan Kelantan – Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pasir Pekan, Tumpat, Bachok, Ketereh, Machang

    Hubungi

    IQI REALTY SDN BHD (PUTRAJAYA) E(1)1584
    M-2-02 & M-2-03 Connection Commercial,
    Persiaran IRC3 IOI Resort City Putrajaya,
    62502 Sepang,
    Selangor

    Email : [email protected]

    Facebook Twitter Instagram Pinterest Vimeo YouTube
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Servis
    • Peluang Kerjaya
    • Hubungi
    © 2023 iRealty.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.