Kerjaya sebagai ejen hartanah semakin mendapat perhatian kebelakangan ini. Jika dibanding 5 tahun lepas, pertambahan ejen hartanah dan perunding hartanah amat drastik sekali.

Agensi hartanah yang baru juga tumbuh bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan. Terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai transaksi jual beli hartanah yang tinggi.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Salah satunya LPPEH mewajibkan setiap perunding hartanah perlu didaftar di LPPEH.

Pada waktu tu hanya 20 orang perunding hartanah dibenarkan di bawah pengawasan 1 orang ejen hartanah.

Apa Beza Ejen Hartanah Dengan Perunding Hartanah ?

Secara ringkas Ejen Hartanah adalah pemilik lesen sesebuah agensi hartanah. Bahasa undang-undangnya, ejen hartanah adalah orang yang diberi kuasa or authorise to practice oleh LPPEH.

Menurut Akta 242 iaitu Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Hartanah hanya ejen hartanah berdaftar sahaja yang boleh menguruskan transaksi jual, beli dan sewa hartanah.

Dengan itu setiap ejen hartanah boleh melantik perunding hartanah bagi membantu dalam transaksi jual, beli dan sewa. Mengikut circular LPPEH yang terkini, ejen hartanah boleh melantik 50 orang perunding hartanah. Dan setiap perunding ini ada diberi REN Tag oleh LPPEH.

Miliki Azam Yang Tinggi

Boleh dikatakan semua orang teringin menjadi perunding hartanah kerana mempunyai pendapatan yang tinggi.

Tapi apa yang perlu anda tahu, boleh dikatakan setiap kali pengambilan perunding hartanah yang baru, hanya 10%-20% sahaja yang berjaya kekal. Selebihnya lari tah ke mana.

Oleh itu anda perlu mempunyai azam yang kuat bagi menceburi bidang perunding hartanah ini. Benar potensi pendapatan yang besar, tapi cabaran juga tinggi mengunung.

Mana tak mencabarnya, anda perlu menguruskan transaksi ratusan ribu malah ada juga sampai jutaan ringgit.

Tanpa azam yang tinggi, semestinya banyak alasan yang boleh dicipta untuk mengagalkan anda menjadi perunding hartanah.

Dapatkan Info Kerjaya Dari Kawan

Sebelum anda terjun dalam bidang ni, pastikan anda sudah bertanya kepada kawan-kawan yang sudah menjadi perunding hartanah. Kalau tak de kenalan rapat yang jadi perunding hartanah, boleh cari kenalan di facebook.

Dapatkan info yang sepatutnya dari mereka.

Dengan info-info tersebut, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran secara kasar kerjaya sebagai perunding hartanah.

Pilih Agensi Hartanah Berdaftar

Agensi hartanah adalah syarikat yang didaftarkan menggunakan lesen ejen hartanah berdaftar.

Permilihan agensi hartanah adalah elemen penting bagi memastikan usaha anda menjadi perunding hartanah tidak sia-sia. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :

Dekat Dengan Rumah

Secara peribadi saya akan cadangkan anda mencari agensi hartanah yang dekat dengan rumah. Sebenarnya anda tidak perlu pergi ke agensi setiap hari, tapi nanti akan ada perjumpaan mingguan atau bulanan yang perlu anda hadir.

Selain itu anda akan pergi ke pejabat agensi hartanah apabila anda sudah membuat banyak jualan. Anda perlu hantar dokumen, proses claim komisen, perjumpaan dengan team leader dan macam-macam lagi.

Latihan & Pengajaran Berterusan

Saya yakin anda tidak mempunyai pengalaman sebagai perunding hartanah. Jadi amat penting mencari agensi hartanah yang mempunyai sistem pengajaran dan latihan yang berterusan. Bak kata orang, dari zero menjadi hero.

Tiada pengalaman bukan halangan untuk anda menjadi perunding hartanah yang berjaya. Inyallah dengan pengajaran dan bimbingan anda boleh menjadi perunding hartanah yang berjaya.

Paling penting anda sudah bersedia mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Ilmu berkaitan jual beli rumah, undang-undang hartanah, produk pembiayaan bank, peguam dan macam-macam lagi.

Bagi REN Tag

Ejen hartanah perlu ada authorise to practice untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ejen hartanah. Begitu juga perunding hartanah perlukan REN Tag sebagai lesen untuk berniaga.

LPPEH menetapkan setiap perunding hartanah perlu mendaftar sebagai perunding hartanah di LPPEH dan seterusnya diberikan REN Tag.

Apabila dah dapat REN Tag, dah boleh buat sales letup-letup sampai jutaan ringgit.

Untuk pengetahuan anda juga, oleh kerana ruang untuk menjadi perunding hartanah adalah terhad, ada agensi yang tidak menyediakan REN Tag kepada perunding hartanah yang baru.

Sehubungan dengan itu, anda dinasihatkan mencari agensi hartanah yang menyediakan REN Tag. Nanti nak buat sales juta-juta tak perlu risau lagi.

Di iReal Property Sdn Bhd (iRealty), menyediakan REN Tag kepada perunding hartanah yang baru adalah perkara wajib. Setiap perunding hartanah di iRealty akan didaftarkan di LPPEH dan seterusnya mendapat REN Tag.

REN Tag Perunding Hartanah iRealty yang baru diterima pada 15 Januari 2019

iRealty mempunyai 6 lesen ejen hartanah dan ini bermakna irealty boleh melantik sebanyak 300 perunding hartanah. Sehingga hari ini, iRealty memerlukan seramai 100 perunding hartanah baru bagi mengisi kekosongan yang ada.

Sekiranya anda berminat menjadi Perunding Hartanah iRealty, layari Jom Jadi Perunding Hartanah iRealty.

Untuk makluman anda juga, REN Tag ini perlu diperbaharui setiap tahun.

Sokongan Berpasukan @ Team Leader

Kebanyakan agensi hartanah mengunakan sistem team leader. Di mana perunding hartanah baru akan dibimbing secara dekat oleh team leader atau team manager.

Ini akan memudahkan perunding hartanah yang baru bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan perunding hartanah.

Ada juga team leader yang turun padang bersama perunding hartanah bagi menunjukan cara-cara menguruskan jual-beli rumah.

Sijil Kursus Perunding Hartanah

Kursus ini juga dikenali sebagai Negotiator Certification Course (NCC). Kursus ini dijalankan selama 2 hari dan setiap perunding hartanah wajib hadir. Kos kursus ini adalah RM600.

Peserta yang hadir akan diberikan sijil kehadiran dan dengan sijil tersebut anda boleh memohon untuk menjadi perunding hartanah di mana-mana agensi berdaftar.

Pihak LPPEH telah melantik beberapa organisasi yang boleh menganjurkan kursus ini seperti Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), MIEA dan macam-macam lagi.

Boleh Jadi Perunding Hartanah Secara Part Time ?

Soalan ni ada soalan feveret yang ditanya pada setiap masa.

Kalau ikut undang-undang Akta 242, perunding hartanah mesti bekerja sepenuh masa.

Tapi ada juga agensi hartanah yang memberi peluang kepada perunding hartanah untuk berkerja part time dulu. Kalau dah sesuai baru jadi perunding hartanah sepenuh masa.

So kalau nak buat part time, just cari agensi hartanah yang boleh terima perunding hartanah part time.

Kesimpulan

Kerjaya sebagai perunding hartanah ini mempunyai peluang yang amat besar. Selain mempunyai pendapatan yang tinggi, pendapatan perunding hartanah juga tanpa ada hadnya. Sky is the limit.

Cuma perunding hartanah tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan. Pendapatan hanya bergantung pada hasil jualan. Lagi tinggi jualan, pendapatan juga tinggi. Tiada jualan, tiada gaji.

Tapi dengan strategi dan perancangan yang baik, insyallah pendapatan lebih tinggi dan konsisten.