Soalan seperti ini selalunya ditanya oleh klien atau kawan-kawan yang berhasrat nak jual rumah.

Jual rumah bukan terlalu sukar bagi orang yang ada pengalaman dalam proses jual beli.

Tapi amat sukar bagi orang yang tak de langsung pengalaman.

Proses jual beli bertambah perit apabila ianya melibatkan hartanah yang tidak mempunyai geran individu atau strata, penama telah meninggal dunia, penceraian, pemaju bankrap, rumah hampir dilelong, pembeli tidak cukup modal, kesukaran mendapatkan pembiayaan bank, berurusan dengan ejen tak berdaftar, silap memilih peguam dan macam-macam lagi.

Saya yakin keperitan yang dirasai akan menjadi pengalaman berharga kepada yang sudah terkena.

Secara umumnya, kekesalan selalunya timbul bukan pada peringkat awal penjualan rumah. Tetapi ia timbul apabila masalah bertimpa-timpa datang selepas pembeli bersetuju untuk meminang rumah tersebut.

Peringkat awal semuanya nampak mudah, dapat jimat kos ejen hartanah. Selain tu dapat maksimakan keuntungan hasil daripada penjualan rumah tersebut. Tapi cuaca panas tak setiap hari sampai ke petang sebab kadang-kadang ada hujan lebat di tengahari.

Apabila perkara ini terjadi, baru mencari ejen hartanah. Minta ejen hartanah perkenalkan peguam hartanah yang terbaik dan sebagainya. Bak pepatah melayu berbunyi Dah Terhantuk Baru Terngadah.

Tapi saya yakin sahabat-sahabat ejen hartanah akan cuba membantu sebaiknya.

Perlukah Lantik Ejen Hartanah Untuk Jual Rumah ?

Jawapan awal saya Tidak Perlu. Anda tidak perlu lantik ejen hartanah sekiranya boleh menguruskan semua proses dengan baik. Dari awal penjualan rumah hingga kunci diserahkan kepada pembeli.

Servis Ejen Hartanah Tidak Diperlukan

Menjual rumah sendiri memang dibenarkan di dalam Akta 242 iaitu Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta.

Jual rumah sendiri amat sesuai bagi anda yang pandai membuat market analisa, memahami proses jual beli, mempunyai kenalan seperti banker dan peguam hartanah.

Anda Perlu Lantik Ejen Hartanah?

Jawapan kedua saya Anda Perlu Lantik Ejen Hartanah. Rata-rata orang ramai yang melantik ejen hartanah kerana tidak mahu atau tidak tahu menguruskan proses jual-beli rumah. Senang kata menyerahkan semua proses jual beli kepada yang PAKAR iaitu Ejen Hartanah Berdaftar. Perbezaan Ejen Hartanah & Perunding Hartanah.

Anda Wajib Lantik Ejen Hartanah Sekiranya Tidak Tahu dan Tidak Mahu Menguruskan Penjualan Rumah.

Sebagai bukti agensi hartanah dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2018-2014 tumbuh bagaikan cendawan terutamanya di bandar-bandar besar. Seterusnya memberi ruang kepada peningkatan Perunding Hartanah di pasaran.

Ini bermakna tugas ejen hartanah hartanah dalam menguruskan transaksi Jual, Beli dan Sewa memang dan amat-amat diperlukan.

Antara skop tugas ejen hartanah seperti :

  • Menjadi perunding atau penasihat kepada penjual dan pembeli dalam urusan jual-beli hartanah.
  • Menganalisa pasaran hartanah yang terkini bagi demand & supply dan mencadangkan harga jualan yang terbaik.
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi awal bagi urusan pembiayaan dan guaman.
  • Mencadangkan super banker yang pakar dalam urusan pembiayaan.
  • Mencadangkan peguam hartanah yang mampu memberi servis terbaik.

Dan banyak lagi skop tugas ejen hartanah yang dapat membantu anda menguruskan urusan jual-beli rumah dengan selamat. Paling penting anda dapat tidur lena tanpa memikirkan masalah yang timbul sepanjang penjualan rumah tersebut.

Akhir sekali, sekiranya anda memerlukan dan mencari ejen hartanah, pastikan anda mencari ejen hartanah yang pakar di kawasan anda. Dan paling penting pastikan anda melantik ejen hartanah berdaftar dengan LPPEH.

Sumber : Bloghartanah.com