Tip Hartanah: 9 Dokumen Penting Asas Jual Beli Hartanah

“En Khaidir, apa dokumen yang diperlukan untuk jual rumah banglo saya di Bandar Baru Bangi tu?”

Jom kita baca senarai 9 dokumen penting yang penjual/pemilik hartanah perlu sediakan apabila berurusan dengan ejen hartanah, berikut adalah dokumen asas yang diperlukan untuk proses jual beli hartanah :-

(1) Salinan Dokumen Hak Milik

(2) Salinan perjanjian jual-beli terdahulu (Sales Purchase Agreement) (sekiranya ada)

(3) Alamat terkini hartanah tersebut (melalui cukai pintu dapat diketahui)

(4) Cukai tanah (Quit Rent) dan cukai pintu (Assessment Rates) terkini yg telah berbayar

(5) Salinan kad pengenalan penjual

(6) Bil Utiliti semasa seperti bill letrik, bill air dan indah water (outgoings bills) hartanah tersebut or maintenance statement yang terbaru sekiranya hartanah jenis condo/apartment/flat

(7) No. cukai pendapatan penjual (sekiranya penjual tiada peguam) dan cawangan didaftarkan.

No cukai pendapatan ini adalah untuk pemfailan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) oleh pihak Peguam di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa Surat Perjanjian Jualbeli dimeterai dalam masa 60 hari di setem atau selepas “Consent” diterima oleh pihak Peguam (mana mana yang terkemudian) untuk pengiraan Cukai Keuntungan Harta Tanah.

Bagi hartanah yang lebih 5 tahun cukai tidak akan dikenakan keatas belian yang berlaku tetapi proses pemfailan adalah “compulsory”.

(8) Salinan penyata hutang bank penjual bagi hartanah yang tersebut (untuk memastikan harta tersebut dijual tidak kurang dari harga hutang)

(9) Salinan perjanjian pinjaman bank penjual

Kos Guaman hanya dapat ditentukan setelah tuan/puan nyatakan jenis harta tersebut dan harga belian kerana yuran guaman adalah termaktub dibawah Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017.

Semoga tip hartanah senarai 9 dokumen asas dan penting ini memberi manfaat kepada anda semua.

Khaidir Zakaria

ejen hartanah putrajaya malaysia

iRealty Khaidir Zakaria