BELI RUMAH ATAU BELI KERETA ?

SUDAH TERBUKAKAH MINDA KITA TENTANG PERSOALAN DIATAS ? MASIH KELIRU ?

Sinopsis

Remaja : anggaran umur ialah 13 – 20 tahun.

Pemuda : anggaran umur ialah antara 21 – 40 tahun.

alkisah…

Selepas tamat SPM pada umur 17 tahun, ada rezeki mungkin sambung belajar di Universiti selama 3-4 tahun. jika cemerlang keputusan bakal greg dengan bangga dan bekerjaya. Ada juga remaja yang tidak sambung belajar selepas tamat SPM dan terus bekerja. Ada juga yang sekolah pun tak habis dan terus bekerja. Dan ada juga yang ceburi bidang bisnes.

Kesimpulannya akan ada sumber pendapatan setiap bulan !

Masa tulah mula mengenali kehidupan dunia, masa itulah sudah mula lihat apa yang orang lain ada, masa itulah sudah pasang angan-angan dan macam-macam lagi bermain dalam kepala.

Nak beli kereta …

Nak beli motor …

Nak beli gajet canggih up to date …

Nak pakai pakaian yang branded …

Nak cari pasangan …

dan lain-lain lagi …

Nak Beli Kereta, Motor @ Gajet Canggih? Atau nak beli Rumah?

Tapi berapa ramaikah, berapa persenkah anak muda yang berfikir, mula pasang angan-angan, “aku tak nak benda lain.. mula-mula aku nak beli rumah ! aku nak ada rumah sendiri, aku nak ada aset bernilai”  TAHNIAH diucapkan jika ada anak muda berfikiran seperti ini.

Yang lain tak salah , betul semuanya cuma yang mana lebih utama daripada yang utama.

Rasa selesa sebab masih tinggal dengan parents, rasa selesa dengan hanya menyewa rumah orang tapi sampai bila ?

ayat biasa … ” mana laa aku mampu nak beli rumah.. dah la harga mahal, deposit lagi nak kena cari, cukup-cukup makan aje ni…”

sebab tulah….

Bermulalah dengan kesedaran pemikiran, bila dah ada kesedaran akan lahirlah tindakan-tindakan ke arah tu.. mula menabung, berjimat cermat berbelanja dan lain-lain. jauhi alasan yang negatif. Masih belum terlambat !

  • Yang bekerja KWSP kan ada. akaun 2.
  • Ada saja bank yang tawarkan pakej terbaik untuk pembelian rumah pertama.
  • Rumah projek baru macam-macam rebat ada.
  • Mahal ? janganlah terus beli banglo 3 tingkat … bermulalah  dengan rumah mampu beli, flat ke, teres setingkat ke, apartment ke.. asalkan layak dan berjaya beli.
  • Nama dah blacklist…huhu… tanya diri kenapa nama blacklist? mesti ada punca.. kereta? kredit kad? personal loan?

Kesimpulan

So kesimpulannya .. mulakan dengan KESEDARAN PEMIKIRAN untuk utamakan apa yang lebih utama. Aset yang berharga antaranya adalah hartanah. Harga rumah, tanah terus menaik bukan menurun so payah nak rugi.

Kenapa saya boleh tulis cerita seperti ini ? sebabnya saya sendiri telah buktikan, sekolah hingga SPM sahaja dan terus kerja TAPI … SAYA TANAM DALAM KEPALA, PASANG CITA-CITA nak beli rumah di usia muda.

Alhamdulillah .. saya berjaya beli rumah masa umur 21 tahun dan rumah ke2 masa umur 34 tahun. syukur sangat-sangat.

saya pun boleh .. korang semua pastilah lagi boleh !! biar tahu jangan keliru .. tanyalah ejen hartanah anda.

semoga bermanfaat. wallahu alam.

nak tanya pasal hartanah, jangan malu2 hubungi saya, whatsapp, sms 019 2115995 Abdul Halim, ejen hartanah & Team Manager di iRealty Putrajaya.

ingat property … ingat Halim irealty …

Assalamualaikum & selamat sejahtera. saya Halim Ahmad perunding hartanah yang berdaftar dibawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Harta Tanah Malaysia LPPEH dan bernaung bersama agensi iRealty Management beralamat di Putrajaya. REN no 07128 bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda dalam urusan hartanah. kawasan fokus saya ialah di Pandan, Ampang, Gombak, Cheras dan Lembah Klang’ boleh hubungi saya melalui whatsapp, telegram, sms di talian 0192115995. Pinjaman bank dan urusan peguam juga saya akan bantu selesaikan.