Kaveat adalah satu pendaftaran halangan untuk sebarang urusniaga ke atas sebidang tanah. Ini bermaksud pendaftaran kaveat akan menyebabkan pemilik berdaftar tidak boleh membuat sebarang urusniaga terhadap tanah berkenaan semasa tempoh kaveat masih berkuatkuasa.

Sebagai contoh, saya  beli tanah… saya bina rumah atas tanah tu dan di berikan kepada kawan saya… so rumah tu atas nama kawan saya… tapi tanah tu saya buat kaveat. so kawan saya tu tak leh jual rumah tu selagi saya tak lepaskan kaveat ke atas tanah tu atau kaveat expired… kaveat expired dalam masa 6 tahun… Seksyen 322 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan pendaftaran kaveat yang menyatakan “sesiapa yang mempunyai kepentingan yang boleh didaftarkan, bolehlah memasuki suatu kaveat persendirian untuk melindungi kepentingan mereka.

Tujuan pendaftaran kaveat persendirian :

  • Menghalang pemilik berdaftar hartanah daripada membuat sebarang bentuk jual beli atau mencagar hartanah berkenaan kepada sesiapa.
  • Membolehkan pemilik tanah atau pihak pendaftar menyampaikan notis (pemberitahuan secara rasmi) kepada anda (pengkaveat) untuk memberitahu mengenai sebarang tindakan ke atas tanah tersebut jika ada.
  • Melindungi hak anda ke atas tanah tersebut.
  • Membuat pendaftaran rasmi terhadap hak anda ke atas tanah berkenaan (ia akan tertera dalam Geran Tanah Carian Tanah).

sbb klu ada kaveat, ramai yg takut nak masuk rumah lelong… sbb tu kena buat carian… sbb kalau tengok kat POS pun auctioner nasihatkan untuk buat carian di pejabat tanah… so kat picture page 2 di bawah tu ada tarikh masukkan kaveat dan withdraw kaveat.. kalau tak der kaveat, ia mesti pair.. iaitu ada yang daftar dan ada yang tarik balik… so kena la perhati betul2 ok… cukai tanah juga di sebutkan dalam carian ini… so, ia lengkap la utk mengetahui tentang status tanah atau bangunan yang kita buat carian tersebut…

Sekian, terima kasih.