Adalah menjadi satu lumrah semula jadi bagi kebanyakkan daripada anda sekiranya mempunyai impian besar untuk memiliki hartanah sendiri, Kerana umum percaya dan sememangnya ia benar, bahawa memiliki hartanah sendiri jauh lebih ekonomi berbanding dengan mengeluarkan belanja untuk membayar sewa bulanan sejurus membantu pemilik rumah tersebut menangung beban hutang mereka.

Anda akan mula mencari-cari hartanah yang sesuai dengan portfolio pembelian anda sebagai langkah pertama untuk memulakan misi untuk memiliki hartanah sendiri. Namun benarkah anda sudah bersedia untuk memulakan kisah hebat tersebut selagi anda belum cukup mahir dengan selok-belok kewangannya, kerana ini adalah topik utama kisah tersebut.

Benar, ada banyak tawaran diluar sana yang mana anda boleh memiliki hartanah tanpa perlu mengeluarkan banyak belanja daripada poket sendiri, namun tahukan anda bahawa ada beberapa kos yang tetap perlu dibayar kepada pihak selain daripada penjual dalam usaha untuk menyempurnakan urusan jual beli tersebut. Sekiranya anda tidak mengeluarkan belanja ini dari poket sendiri, bermakna ia dibayar oleh pihak penjual dengan menggunakan wang pinjaman anda sendiri, samada anda sedar atau tidak dan kos tersebut pasti telah diserap masuk ke dalam harga pembelian hartanah tersebut.

Antara bayaran utama dan bakal mewakili peratusan yang besar dalam transaksi jual beli hartanah adalah duti setem yang perlu di bayar kepada pihak kerajaan sejajar dengan tuntutan di dalam Akta Duti Setem 1949. Berikut saya paparkan jadual kadar pengiraan nilai duti setem yang di ambil terus dari laman sesawang Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) :

Merujuk kepada jadual tersebut, secara mudah untuk difahami kadarannya adalah seperti berikut;
>> RM100,000 pertama adalah 1%
>> RM400,000 seterusnya adalah 2%
>> Selebihnya adalah 3%
>> Jumlah keselruhan diatas merupakan nilai yang perlu dibayar.

Sebagai contoh, seperti dalam video yang diapaparkan diatas, sekiranya hartanah tersebut bernilai RM800,000 pengiraannya adalah seperti di bawah.

Berikut pula adalah contoh pengiraan bagi nilai hartanah RM475,000

Untuk mengira sendiri nilai hartanah sebenar yang bakal anda beli, silakan layarai laman sesawang JPPH.

Di iRealty, kami percaya bahawa maklumat yang lengkap dan jitu perlu diberikan kepada setiap bakal pelanggan kami agar semua keputusan yang bakal anda buat akan mengurangkan risiko anda terjerumus ke dalam kancah kemelut yang menyulitkan. Maklumat seperti ini merupakan ilmu asas yang wajib dikuasi oleh setiap daripada ejen/perunding hartanah iRealty kerana kami sangat tekun berusaha untuk menyediakan persekitaran yang selamat dalam setiap transaksi hartanah anda.

Semoga maklumat yang disampaikan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda, dan saya doakan agar transaksi hartanah anda bakal menjadi sebuah kisah hebat yang boleh diceritakan kepada generasi akan datang, agar mereka juga bijak hartanah seperti anda.

Dari meja CEO iRealty,
Muhazrol Muhamad (Muaz) E2636