Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum, apa khabar semua orang hari ni? Harap semua sihat2 shj. Ok hari ni saya nak cakap pasal hakmilik atau dalam bahasa inggerisnya title. Hm, bila bercakap pasal hakmilik..saya tak tahu la anda semua mcm mana..tpi saya rasa ramai org yg kliru akn hal ini..sebb salah satu dri “org ramai”tu termasuk la “Saya”.. Pada suatu ketika dulu..hahaha..oleh tu sya decide nk jelas,terang,explain,cakap,bebel,merepek psal HAKMILIK hari ni..haha..ok jom start !! (layan je la,,ting tong sikit masa menulis ni sbb mnulis pkul 2 pgi hahah)

Ok, apakah itu hakmilik? Hakmilik tanah ialah satu dokumen yang dikluarkan oleh pejabat tanah kepada seseorang bagi memberi hak dari sisi undang-undang untuk pemilikan harta tanah tersebut.
Hakmilik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu hakmilik sementara (Qualified title) dan hakmilik tetap (Final title). Hm, apa beza dua benda ni? Hakmilik sementara selalunya dikeluarkan selepas pemberian awal tanah oleh kerajaan negeri. Ianya belum diukur secara halus oleh itu “Pemilik” bagi hakmilik sementara tak boleh buat pecah sempadan, pecah bahagi, dan penyatuan. Namun begitu, mereka masih boleh memajak, gadai, dan memindah (transfer). Hakmilik tetap pula dikeluarkan apabila “final survey has been done”. Maknanya kaji selidik telah dibuat secara lengkap. Hal ini memberikan hak kepada “pemilik” hakmilik tetap untuk membuat pecah sempadan, pecah bahagi, dan penyatuan tanah. Ini adalah kerana hakmilik tetap mempunyai luas tanah yang tepat dan ukuran yang terperinci hasil dari kaji selidik yang telah dijalankan.

Pendaftaran hakmilik tanah boleh dibahagi kepada dua iaitu di pejabat pendaftar yang mana ada satu shja di setiap ‘Negeri’, biasanya terletak di ibu negeri dan pejabat tanah yang mana ada satu pejabat tanah di setiap ‘Daerah’.

Apa yang menyebabkan sesuatu hakmilik tersebut harus didaftarkan dibawah pejabat pendaftar????? Ianya harus didaftarkan di bwah pejabat pendaftar apabila ia adalah tanah kampung/bandar, tanah kampung yang luasnya lebih dari 4 hektar(10 ekar), mana2 bahagian tepi pantai atau dasar laut.

“Hakmilik sementara’ yang didaftarkan dibawah pejabat pendaftar akan digelar sebagai: ”Hakmilik sementara daftar”(HSD).

‘Hakmilik tetap’ yang didaftarkan dibawah pejabat pendaftar akan digelar sebagai: “Geran Negeri (GRN)/ Pajakan Negeri (PN)”.

Apa yang menyebabkan sesuatu hakmilik tersebut harus didaftarkan dibawah pejabat tanah????? Ianya harus didaftarkan di bwah pejabat tanah apabila ia adalah tanah kampung yang luasnya kurang dari 4 hektar(10 ekar). Jika luas tanah tersebut lebih dari 4 hektar tapi still didaftarkan dibwah pejabat tanah, maknanya mungkin tanah tersebut ialah utk economic development/ada political intervention.

“Hakmilik sementara’ yang didaftarkan dibawah pejabat tanah akan digelar sebagai:”Hakmilik sementara mukim”(HSM).

‘Hakmilik tetap’ yang didaftarkan dibawah pejabat tanah akan digelar sebagai: “Geran Mukim (GM)/ Pajakan Mukim (PM)”.

Ok tu je la dri sya..saya nak minta maaf kalau tatabahasa bm saya teruk,al maklumlah jarang menulis…hahaha.apa2 pon jika ada salah, jgn kecam saya instead bagi komen yang membantu saya utk improve anything yg saya lemah kat ruangan bawah tu????..barula kita bole maju ke hadapan..not backward!Hahah..ok da merepek pnjang sgt..jmpa di lain masa.????????Assalamualaikum, (xoxo)..